Ini Respond Abby Bila Dapat Duit Nafkah Daripada Norman Hakim. Norman Hakim Masih Tunaikan Nafkah?? Ini Jawapan Padu Norman

Tahun ini banyak cerita penceraian yang kita dengar dari kalangan selebriti. Hampir setiap bulan ada isu penceraian. Ada yang berpisah cara baik dan ada yang tidak. Tetapi ada juga pasangan selebriti yang telah bercerai dan masih boleh bertegur sapa antara satu sama lain.

Kisah Norman Hakim dan Abby Abadi rasanya ramai netizen sudah tahu. Walaupun mereka sudah bercerai dan masing masing sudah berkahwin lain tetapi mereka masih seperti satu keluarga dan pengikatnya adalah anak anak mereka.Sudah menjadi tanggungjawab bekas suami untuk memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun sudah bercerai.

Terbaru, pelakon Norman Hakim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.

Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.

Nafkah Untuk Isteri

Nafkah Kepada Abby Abadi

“Sekadar berkongsi tips;selain drpd ayah mak,nafkah utk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta2 atau ada bisnes,bekerja & ada pendapatan sendiri.

 

“Berapa amaun yg diberi takkan ternilai dgn pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak2 kita,betul tak?Yg penting doa tu..,

“doa2 yg ‘deep’ dari lubuk hati yg ikhlas yg sgt2 didambakan olehku utk terus kuat berusaha mencari rezeki yg halal & barakah utk keluarga,

“Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin…Aamiin…Aamiin Ya Rabb Ya Allah,” tulisnya.Dalam pada itu, peminat memuji sikap bintang pelakon filem Pasrah itu.Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby Abadi pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.Kemudian, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza pada 24 September 2011.

Kredit: MH via IG Norman Hakim

Gambar hiasan

Untuk menjawab persoalan ini baca artikel di bawah. Harus tahu bahawa anak anak mereka berada dengan Abby Abadi.

Soalan:

Saya telah bercerai dengan isteri pada bulan Jun yang lalu. Saya mempunyai tiga orang anak; yang sulung adalah perempuan berumur 18 tahun, bakal melanjutkan pelajaran di Universiti, yang kedua adalah lelaki berumur 15 tahun, belajar dan anak yang bongsu adalah perempuan berumur 4 tahun.

Hak penjagaan anak-anak saya diberikan kepada bekas isteri dengan perintah mahkamah. Saya tahu menjadi kewajipan saya sebagai bapa mereka untuk memberi nafkah anak walaupun saya telah bercerai dengan isteri saya. Soalan saya ialah, sampai bila saya perlu memberi nafkah kepada anak-anak saya? Adakah saya perlu memberi nafkah kepada anak sulung walaupun dia sudah baligh? Bagaimana Mahkamah menentukan jumlah nafkah terhadap anak-anak?

Jawapan:

Hukum Syarak mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang menyatakan dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya.Untuk makluman saudara, undang-undang keluarga termaktub di bawah undang-undang negeri. Oleh itu, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 terpakai memandangkan saudara menetap di Melaka.

Seksyen 73 Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa bapa berkewajipan untuk menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri. Nafkah yang dimaksudkan adalah merangkumi tempat tinggal, pakaian, makanan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.Merujuk kepada soalan yang diajukan iaitu mengenai tempoh pemberian nafkah kepada anak-anak saudara. Jumhur Fuqaha berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:

1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.

2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

3. Bapa itu mampu memberi nafkah.

Berdasarkan pendapat Fuqaha dan proviso tersebut, maka bapa wajib memberi nafkah untuk keperluan perbelanjaan seharian dan pembelajaran dan lain-lain keperluan mereka.

Manakala seksyen 80 Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa hak anak-anak terhadap nafkah akan terhenti apabila anak itu mencapai umur 18 tahun. Tetapi seksyen ini juga membenarkan Mahkamah, atas permohonan anak, atau seseorang lain, untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah tersebut bagi membolehkan anak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mengikuti latihan lanjut.

Seperti yang dinyatakan di atas, bapa sememangnya berkewajipan dalam memberi nafkah terhadap anak-anaknya sehingga anak tersebut belum berkahwin bagi anak perempuan. Bagi nafkah anak sulung saudara, adalah wajar bagi saudara memberi hak nafkah terhadapnya walaupun telah baligh. Ini adalah selari dengan keperluannya dan keadaannya yang masih lagi belajar di Universiti.Merujuk kepada kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah, dapat dinyatakan di sini bahawa sesuatu kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah tidaklah kekal dan boleh diubah. Perubahan kadar nafkah tersebut adalah berdasarkan kepada kemampuan bapa, keperluan anak-anak tersebut dan taraf ekononomi semasa. Perkara ini terdapat di bawah peruntukan seksyen 67 Enakmen tersebut. Contoh kes yang berkaitan dengan perubahan nafkah ini, kes Fatimah v Shaikh Mohamed (1977) 1 JH(1) 39, Mahkamah telah mempertimbangan taraf hidup di Kuala Lumpur dan berpendapat bahawa kadar lama sebanyak RM90 tidak mencukupi untuk menampung kehidupan anak itu dan telah menaikkan kadar nafkah kepada RM110 sebulan.

Permohonan untuk mengubah perintah ini boleh dibuat oleh orang yang memberi nafkah, orang yang menerima nafkah, dan bagi anak yang belum baligh, penjaganya.

Sebarang maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi pihak kami. Sekiranya saudara masih tidak jelas berkenaan prosedur perceraian ini, dinasihatkan agar mendapatkan khidmat guaman sama ada daripada Biro Bantuan Guaman atau Pusat Bantuan Guaman atau mana-mana peguam syarie bagi mendapatkan nasihat berhubung dengan prosedur tersebut.

Kredit : TubeViral / Sistersinislam

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Ini Respond Abby Bila Dapat Duit Nafkah Daripada Norman Hakim. Norman Hakim Masih Tunaikan Nafkah?? Ini Jawapan Padu Norman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*