“Saya Bukan Nak Kata Tak Sakit, Namun Saya Lupa Semua…” – Ezad Lazim

Penyanyi Ezad Lazim mengakui bersyukur apabila tahap kesihatannya semakin pulih sejak kebelakangan ini.

Menurut Ezad, ada kalanya dia sibukkan diri dengan kerja kerana tidak mahu memikirkan sangat masalah kesihatan yang dialami.

“Saya bersyukur, Alhamdulillah kalau diikutkan sebelum ini memang saya ada masalah kesihatan namun semua itu saya letak tepi.

“Sekarang ini saya banyak sibukkan diri dengan kerja dan bergabung semula bersama kumpulan Exists untuk mengadakan konsert.

“Apabila bergabung semula dengan Exists saya bukan nak kata tak sakit, namun saya lupa semua sakit yang ada dan menjadi lebih bersemangat untuk bekerja,” katanya kepada HLive.

Sebelum ini, Ezad menghidap kencing manis sejak sebelum berumah tangga manakala penyakit ‘gerd’ yang dihadapinya mula dikesan pada 2016.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam perkembangan lain, Ezad kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Saya Bukan Nak Kata Tak Sakit, Namun Saya Lupa Semua…” – Ezad Lazim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*