Seminggu kehilangan ibu, Issey ber4ng ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan b0d0h daripada orang cerdik”

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham meluahkan berang apabila seorang individu bertanyakan soalan rumah pusaka peninggalan Allahyarham ibunya iaitu Asiah Haron.

Berdasarkan paparan skrin aplikasi Whatsapp yang dimuat naik, individu berkenaan bertanya soalan sekiranya Issey berhasrat untuk menjual rumah pusaka peninggalan ibunya itu.

“Salam Issey… rumah arwah tu ada plan apa-apa?

“Kekal atau jual?,” soal individu berkenaan.

Terkilan dengan pertanyaan itu, Issey menyifatkan soalan yang diajukan kepadanya itu sebagai bodoh.

Antara paparan skrin yang dimuat naik Issey di Instagram.

Ia berikutan tindakan individu berkenaan seolah-olah tidak sensitif atas kehilangan arwah ibunya yang baharu seminggu meninggal dunia.

“Contoh soalan bodoh dari orang yang cerdik. Tidak mengapa, tunggu saya balik Kelantan. Kita jumpa.

“Arwah mak baharu seminggu, orang tanya soalan begini,” ujarnya.

Issey berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Terdahulu, Issey menerusi laman Instagramnya memaklumkan kehilangan ibunya, Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ibunya meninggal kira-kira pukul 3.40 petang, Selasa kerana serangan jantung.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Seminggu kehilangan ibu, Issey ber4ng ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan b0d0h daripada orang cerdik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*