Saling Berbalas Pick-Up Line Siap Love2, Safawi Rasid & Syifa Melvin Tak Mengaku DiIamun Cinta?

Pemain sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti cantiik tempatan sebelum ini. Antaranya Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies, bagaimanapun mereka mengakui hanya berkawan rapat tanpa hubungan istimewa.

Terbaru, Safawi dilihat pula bermesra di Instagram dengan adik Syatila Melvin iaitu Syifa Melvin. Siap bagi pick-up line lagi!

Dikenali sebagai Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, beliau berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum dan bukan sesuatu yang patut dibanggakan.Lagipun saya tak nak laa ada gossip apa-apa dan tidak mahu perkara itu diperkatakan melebihi dari karier saya.

Saya pun baru sahaja menapak dalam bidang lakonan dan saya nak dipandang secara profesional bukan orang mengenali saya disebabkan g0sip.

Pertanyaan tentang Soal peribadi itu biarlah kekal di sudut peribadi kita dan tidak perlu kita nak hebohkan. Saya minta semua orang doakan dan beri sokongan kepada kerjaya saya,” kata Syifa ketika dihubungi wartawan pada Khamis.

Saling bagi pick-up line

Safawi yang memuatnaik satu foto berlatarbelakangkan sebuah masjid di Terengganu kira-kira seminggu lalu menerima komen pertanyaan daripada Syifa berkenaan foto tersebut yang dikatakan kelihatan seperti belasungkawa.

Pemain bola sepak itu kemudiannya membalas komen tersebut dengan pick-up line yang kemudiannya menerima lebih 400 likes di Instagram.

Syifa muat naik foto di lokasi sama

Syifa juga ada memuatnaik foto di lokasi yang sama pada tarikh yang berjarak beberapa hari antara satu sama lain. Masing-masing cuba memberi hint yang mereka mesra dan saling berkomunikasi dalam media sosial.

Banyak tinggalkan komen

Apa pendapat anda? Kalau dah saling rajin berbalas komen, siap tanda love boleh dikategorikan teman tapi mesra lagikah?

Sumber: Safawi Rasid, Syifa Melvin via OhBulan

Be the first to comment on "Saling Berbalas Pick-Up Line Siap Love2, Safawi Rasid & Syifa Melvin Tak Mengaku DiIamun Cinta?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*