Selalu kita dengar asal lori terbalik bawa barang mesti orang sekeliling akan berebut datang ambil seperti ada signboard ‘BARANG PERCUMA’ sedangkan tiada siapa pun benarkan untuk ambil.
Memang sedih mentaliti rakyat Malaysia bila berkelakuan begitu, mengambil yang bukan hak. Jika di sisi agama islam, itu sudah jatuh hukum haram dan memakan makanan haram adalah salah satu dosa besar.
Baru baru ini satu kemalaangan berlaku di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok. Lori yang membawa muatan kotak yang penuh dengan susu tin telah terbalik.
POLIS membuka kertas siasatan susulan tindakan orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran dari lori terbalik di di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori berkenaan, Mohd Baihaqi Azizan, 25, pada Rabu lalu.
“Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa sebagai pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu terbabit.
Video Yang Viral
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/707495679701305/
“Bagaimanapun, pemilik lori tidak pernah memberi kebenaran seperti itu. Susulan itu, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian Rabu lalu, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan penduduk mengutip susu dari lori yang terbalik selepas terbabit kemalangan di Bachok.
Akhbar melaporkan pemilik lori terbabit tidak pernah memberi kebenaran susu itu diambil dan pada masa sama merayu orang ramai memulangkan kembali kerana dia bakal berdepan kerugian RM120,000.
Dipercayai selepas itu, ada dalam kalangan orang ramai menghantar kembali susu itu di lokasi kemalangan dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
Nik Aminuddin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pemilik treler, Azizan Zainudin, 57 untuk mengambil semula susu yang dipulangkan penduduk kampung di IPD Bachok.
Laman Facebook Live kelate kito telah buat satu inisiatif dengan pergi berjumpa sendiri dengan pemandu lori tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar. Menurut pemandu lori tersebut, lori yang dipandu menghadapi masalah pada sistem brek apabila tiba tiba tidak berfungsi.
Ketika itu lori hampir tiba di simpang tiga dan beliau terpaksa buat keputusan untuk membelok dengan laju kerana untuk tidak lori beliau akan merempuh kedai dan kawasan perumahan.
Pemandu lori ditanya benarkah ada seseorang yang menaiki kenderaan 4×4 jenis Hilux mengaku sebagai pemilik susu tersebut membenarkan orang ramai mengambil susu. Ini adalah punca utama kenapa orang ramai datang. Pemandu lori tersebut beritahu beliau tidak kenal langsung lelaki tersebut.
Pada yang telah mengambil susu dan ingin pulangkan semula, boleh menghantar semula di 3 lokasi. Di tempat kejadian, di mesjid atau di balai polis berdekatan
Boleh hubungi pemandu lori : Baihaqi ( 017-9371282 )
Temubual Penuh
Lintas langsung bersama Drebar Lori Susu Terbalik..Di lokasi kejadian lori terbalik…Ikuti kisah sebenar supaya anda tahu cerita yg betulJom pakat share..Kerjasama :-1) MH MOHD INDUSTRIES SDN BHD – 013 854 05332) SC SUE CATERING K.BHARU – 013 918 44453) MAGIC CREAM – 013 425 8830
Posted by Live kelate kito on Friday, 2 August 2019
Olahan : Awattt Syeikhh Network
Be the first to comment on "Eksklusif!! Drebar Lori Tampil Jelaskan Apa Punca Sebenar Kenapa Lori Dia Terbalik Sehingga Orang Kampung Berebut Kutip Bawa Balik Tin Susu"