“Saya Tak Rasa Dia Nak ‘Try’ Sebab…” – Hawa Rizwana Komen Balas Mengenai Hubungan Dengan Fizo Omar

Hubungan antara Hawa dan Fizo hanya sebagai adik dan abang.

PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.

Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya. 

ARTIKEL BERKAITAN:BAPA HAWA DIFITN4H? INI LUAHAN HAWA TERHADAP SEGELINTIR INDIVIDU,TAK SANGKA INI TUDUH4N YANG DILEMPARKAN KEPADA HAWA

“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.

Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian netizen.

“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:ABANG’ TINGGAL KOMEN PADA FOTO? RAMAI KATA FIZO OMAR CUBA PIKAT ‘KEMBAR NEELOFA’ PEMBACA BERITA TV3

Hawa diminta mengulas spekulasi netizen bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.

Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya mengusik aktor itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.

Hawa sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.

“Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana.

“Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "“Saya Tak Rasa Dia Nak ‘Try’ Sebab…” – Hawa Rizwana Komen Balas Mengenai Hubungan Dengan Fizo Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*