Nabil Ahmad beerang individu ‘block’ kereta, kertas tertulis ayat yang memang buat dia sakit hati

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad beerang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di belakang keretanya sehingga menghalang laluan keluar parkir kereta.

Lebih memburuukkan keadaan apabila pemandu itu seakan-akan mencabar kesabaran selebriti itu dengan meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang meminta pelawak itu memikirkan nombor telefonnya.

“Nombor telefon, lu fikir sendiri,” tulis pemandu terbabit.

Antara nota yang ditinggalkan individu terbabit.

Nabil menganggap tindakan individu tersebut bukan sesuatu yang boleh dibuat lawak.

“Kuraang ajar namanya. Ingat kelakarkah? Lu fikir sendiri kepala otaak hang!” katanya.

Insiden itu dikongsikan Nabil menerusi beberapa posting berserta kapsyen di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sementara itu, isteri Nabil iaitu Nazirah Ayub menganggap ia gurauan kaasar yang dibuat seseorang yang mengenali suaminya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan pelawak itu turut membunyikan hon berkali-kali.

Kurang ajar namanya. Ingat kelakar kah? Lu fikir sendiri kepala otak hang!

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berkenaan tidak muncul.

Menerusi video kedua, Nabil dilihat terpaksa menolak kenderaan itu selepas menyedari brek tangan kereta itu tidak ditarik.

“Pemilik tak muncul. Cerita dia memang aku terkena. Aku geram!” tulisnya lagi.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Nabil Ahmad beerang individu ‘block’ kereta, kertas tertulis ayat yang memang buat dia sakit hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*