“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian dan..” – Permaisuri Agong Kongsi Di Live IG Bersama Rizalman

Baru dua hari istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berakhir.

Pelbagai kisah menarik telah mendapat tumpuan antaranya adalah kemesraan yang ditunjukkan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah apabila berpegangan tangan sambil tersipu-sipu malu. Malah sebelum itu lagi kisah YDP Agong dan Raja Permaisuri sering menjadi buah mulut.

Terkini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi tumpuan netiz3n di media sosial apabila mencemmar duli mengadakan siaran langsung di Instagram (Live IG) pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sebentar tadi.

Sempat usik anakanda, Tengku Hassanal

Tunku Azizah kemudiannya menyapa Rizalman seterusnya baginda mencemmar duli di Live IG bersama anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika santap durian dan pisang goreng.

Dalam video tersebut, berlangsung perbualan secara santai. Video penuh boleh ditonton akhir artikel ini

Permaisuri sedang bersantap memakan buah durian dan kelihatan Tengku Hassanal berada di hadapan beliau. Tengku Hassanal hanya tersenyum dan bersahaja sepanjang sesi perbualan.

Syarat Isteri Tengku Hassanal 

Baginda sempat bergurau dengan Tengku Hassanal saat ditanya mengenai sama ada anakandanya sudah berpunya atau tidak memandangkan ramai puji ketampanannya ketika hari pertabalan tersebut.

Ramai rakyat jelata tertanya-tanya mengenai siapakah pilihan hati anak teruna Tengku Permaisuri ini.

“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak..

Tambah baginda lagi,

Dan, kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua,” titah baginda.

Sebelum ini Tunku Azizah mendapat tumpuan di media sosial apabila mencemmar duli memasak lima jenis lauk di rumah Rizalman.

Lima jenis lauk itu adalah gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,

Dalam pada itu, rata-rata netize3 berasa terk3jut dengan kemunculan Tunku Azizah di Live IG bersama Rizalman tersebut. Masing-masing memuji gaya bersahaja Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok berbual di laman media sosial.

” Pertama dalam sejarah negara, Tuanku live santai. Rasa sebak pulak tadi.

” Menjunjung kasih tuanku, sudi mencemmar duli online bersama dato, tqvm dato rizalman berkongsi dgn kami hubungan istimewa bersama tuanku

” Patutla rasa nk tgk live Dato… Sekali Raja Permaisuri Agong join live.. Terharu rasa… Dpt tgk… Bukan senang..”

Daulat Tuanku!! Semoga Raja Permaisuri Agong sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Video Penuh:

Bila Raja Permaisuri Masuk Live IG

‘Saya hanya surirumah. Saya Permaisuri. Surirumah yang menjadi suri yang permai dalam istana.’- Bila Raja Permaisuri Agong Mencemar Duli Live IG Dengan Rizalman Sambil Makan Durian, Memang SempoiSumber: IG Dato’Rizalman

Posted by Bujang Lapok on Thursday, August 1, 2019

Video Penuh:

 

 

Sumber: kosmo

 

 

Be the first to comment on "“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian dan..” – Permaisuri Agong Kongsi Di Live IG Bersama Rizalman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*