“Tak Ada Kena Mengena Dengan Keluarga” – Neelofa Kongsi Kisah Bersama..

Pelakon, pengacara dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Noor, 30, melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan Lofa Brand.

Bakal menawarkan rangkaian produk ‘merchandise’ seperti baju, sarung telefon pintar, topi, botol air dan banyak lagi, pengacara MeleTOP ini berkongsi kisahnya bersama Lofa Brand.

“Ia bukan jenama fesyen yang hanya memberikan fokus terhadap baju dan seluar sahaja kerana Lofa Brand akan menjual pelbagai produk.

“Alhamdulillah, ini merupakan salah satu ‘baby’ terbaru saya. Selepas sukses dengan Naelofar, saya mahu mencuba untuk mengeluarkan produk sendiri.

“Naelofar merupakan perniagaan yang melibatkan keluarga tetapi Lofa Brand pula berbeza. Ia tak ada kena mengena dengan keluarga dan saya menguruskannya sendiri bersama rakan kongsi.

“Saya mahu mencabar kebolehan diri untuk mencuba perkara baru dan Lofa Brand merupakan salah satu tugas yang perlu saya laksanakan,” katanya optimis.

Berpangkalan di United Kingdom (UK), Neelofa mementingkan kualiti serta menerapkan mesej dalam semua produk yang dijual.

“Setakat ini, Lofa Brand muncul dengan koleksi sigature dan koleksi ‘Human’. Menariknya, semua barangan Lofa Brand dihasilkan di UK dan saya sangat teliti mengenai pembikinannya.

“Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk keluar dengan produk sendiri tetapi ia tertangguh kerana prosesnya memakan masa yang agak lama.

“Saya sendiri turun padang bermula dari bawah untuk memastikan produk Lofa Brand benar-benar memuaskan hati.

“Saya juga akan memastikan ada mesej yang diterapkan dalam setiap koleksi. Seperti contoh, koleksi ‘Human’ menerapkan mesej berkenaan tragedi serangan di Masjid Christchurch, New Zealand yang berlaku pada Mac lalu,” katanya lagi. 

View this post on Instagram

Our most iconic streetwear item, the LOFA Hoodies are the best for a chilled weekend! Visit lofabrand.com to see our whole selection #makeastatement #afitforall #lofabrand

A post shared by LOFA BRAND (@lofabrand) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Tak Ada Kena Mengena Dengan Keluarga” – Neelofa Kongsi Kisah Bersama.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*