Jarang Sesekali Dapat Lihat Baginda Permaisuri Agong Buat Live Dalam IG . Apa Yang Baginda Buat Ketika ‘Live’ Mencuit Hati Wargamaya

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan netizen di media sosial apabila mencemar duli mengadakan siaran langsung di Instagram (Live IG) pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sebentar tadi.

Petikan Rakaman Live Bersama Raja Permaisuri Berada Di Bawah Artikel

Terdahulu Rizalman mengadakan Live IG bersama pengikutnya dan bercerita mengenai pengalamannya menguruskan balairung seri tempat dan busana Tunku Azizah untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Tunku Azizah kemudiannya menyapa Rizalman seterusnya baginda mencemar duli di Live IG bersama anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika santap durian dan pisang goreng.

Baginda sempat bergurau dengan Tengku Hassanal bertanyakan mengenai sama ada anakandanya sudah berpunya atau tidak memandangkan ramai puji ketampanannya ketika hari pertabalan tersebut.

Rizalman (dua dari kanan) bersama jurusolek terkenal, Khir Khalid (kanan) ketika majlis Santapan Dir

Rizalman (dua dari kanan) bersama jurusolek terkenal, Khir Khalid (kanan) ketika majlis Santapan Diraja malam tadi. Kredit foto Instagram Rizalman

“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak dan kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua,” titah baginda.

Sebelum ini Tunku Azizah mencuri tumpuan di media sosial apabila mencemar duli memasak lima jenis lauk di rumah Rizalman.

Lima jenis lauk itu adalah gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,

KOMEN NETIZEN DI DALAM LIVE RIZALMAN

@azrinzarina – “Pertama kali dalam sejarah… Rakyat rasa dekat dgn Raja Permaisuri Agong melalui seorang rakyat biasa juga which is u Dato.. Dan pertama kali juga Dato buat rakyat tak kira bangsa, agama, umur rasa tertarik kembali nak tahu tentang institusi raja berpelembagaan. Tq Dato tak jemu nak update all the insight details pasal RPA, istiadat pertabalan dalam cara yg lebih santai dan ceria.”

@yaya__penang – “Semoga Negara Malaysia sentiasa di pelihara olehNya…. di bawah Dirgahayu Tuanku Agong & Raja Permaisuri Agong..Ampun Tuanku!”

@ku_nazirah – “First time tgok live dari mula smpai habis”

 

Sumber : KOSMO ONLINE

 

Be the first to comment on "Jarang Sesekali Dapat Lihat Baginda Permaisuri Agong Buat Live Dalam IG . Apa Yang Baginda Buat Ketika ‘Live’ Mencuit Hati Wargamaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*