“Saya Buat Pendedahan Bukan Kerana Cemburu Dengan Hubungan Safawi Rasid & Syifa Melvin” Dan Ini Pesanan Untuk Kepada Safawi – Anim Ezati

Pengacara Anim Ezati Rizki menjelaskan pendedahan yang dilakukan mengenai bekas kekasihnya, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bukan disebabkan atas perasaan cemburu.Pernah menjalinkan hubungan cinta selama hampir tiga tahun dengan Safawi, Anim mendedahkan hubungan mereka putus pada Januari lalu.

“Saya tahu ada sesetengah pihak beranggapan saya mengeluarkan kenyataan ini disebabkan perasaan cemburu. 

“Apa yang perlu diingatkan, ini bukan kali pertama Safawi dikaitkan dengan perempuan lain namun sebelum ini saya tidak pernah bersuara,” katanya.Selain menjalinkan hubungan dengan Anim, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu pernah digosipkan dengan Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.Tambah Anim, dia berharap selepas ini dirinya tidak lagi dikaitkan dengan jejaka itu.

“Saya harap selepas ini Safawi akan menjadi seorang lelaki yang matang kerana dia sudah mempunyai kekasih yang sangat sempurna.

“Selepas ini, saya sudah tidak ingin dikaitkan dengan Safawi kerana cerita kami sudah tamat,” kata Anim.Sebelum ini, Anim membuat pendedahan dirinya masih dihubungi oleh Safawi biarpun telah putus cinta.Anim juga tahu mengenai hubungan Safawi dengan adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa.

Sumber: Gempak

“Safawi juga menyatakan dia masih menyayangi serta merindui saya” – Anim Ezati Rizki

Pengacara Anim Ezati Rizki mendedahkan bekas kekasihnya, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid masih menghubunginya biarpun hubungan mereka sudah berakhir sejak Januari lalu.Pada awalnya, Safawi menerima perpisahan ini dengan baik namun selepas itu perkara yang sebaliknya telah berlaku.

“Pada mulanya Safawi okey tetapi selepas itu dia masih menghubungi saya beberapa kali.

“TIDAK CUKUP DENGAN SAYA, DIA ADA BERHUBUNG DENGAN KELUARGA DAN RAKAN TERDEKAT SAYA.

“Saya rasa mungkin Safawi berasa pelik kerana saya tidak mencari dia semula walaupun dia sudah menghubungi saya.“Kalau dulu, setiap kali dia melakukan kesalahan, saya akan memaafkannya memandangkan kami sudah tiga tahun bersama.“Namun kali ini, saya sudah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa dia.

“Saya juga bersyukur apa yang dilakukan oleh Safawi langsung tidak mengganggu perasaan saya cuma semakin lama, ia merimaskan,” katanya kepada Gempak.

Tambah Anim, dia mengetahui tentang hubungan Safawi bersama adik pelakon Syatilla Melvin, Syifa.

“SEBENARNYA, SAYA DAPAT TAHU HUBUNGAN SAFAWI DENGAN SYIFA MENERUSI PEMINAT.

“Ada segelintir pengikut yang ‘tagged’ video dan gambar mereka kepada saya. Malah, Safawi sendiri sudah mengaku kepada saya.“Dalam masa yang sama, Safawi masih cuba menghubungi saya dengan menggunakan nombor kawan-kawannya kerana saya sudah ‘block’ Safawi di WhatsApp.

“SAFAWI JUGA MENYATAKAN DIA MASIH MENYAYANGI SERTA MERINDUI SAYA

“Dia juga menyuruh saya untuk putus dengan teman lelaki saya dan kembali kepadanya.“Saya berkeras dengan mengugut untuk memberitahu perkara ini kepada Syifa namun dia sangat yakin bahawa saya tidak akan melakukannya.

“Tanggapan itu salah kerana saya sudah memberitahu rakan rapat Syifa tentang apa yang terjadi.“Niat saya memberitahu perkara sebenar kerana takut apabila semua ini kantoi, ia akan menjejaskan hubungan saya dengan Syifa.

“Selepas beberapa hari, Safawi ada memarahi saya kerana menceritakan perkara ini kepada kawan Syifa.“Saya masih menyimpan kiriman mesej yang dihantarnya. Jadi, saya beranggapan Syifa sudah mengetahui segalanya. Saya sudah selesai dengan bahagian saya,” katanya lagi.

Terdahulu, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu pernah digosipkan dengan Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.

SUMBER

Be the first to comment on "“Saya Buat Pendedahan Bukan Kerana Cemburu Dengan Hubungan Safawi Rasid & Syifa Melvin” Dan Ini Pesanan Untuk Kepada Safawi – Anim Ezati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*