“Tersengat” diri sendiri, sofi jikan dijaatuhkan hukuuman peenjara selama 12 bulan bermula hari ini

PETALING JAYA 07 FEBRUARI 2018. Pelakon, Sofi Jikan, dibawa ke Mahkamah oleh pihak Polis untuk mendapatkan tahanan remam setelah didapati positif dadah jenis ganja di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

PELAKON filem KL Gangster, Sofi Jikan yang terkenal dengan tagline ‘kasi sengat’ dipeenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuuduhan menggunakan g4nja, tahun lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gaagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersuumpah di dalam kandang saksi.

“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihuukum peenjara 12 bulan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuuman peenjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid. Sepanjang perbicaraan itu, seramai lima saksi pendaakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi sendiri memberikan keterangan. Pada 13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan d4dah jenis 11-nor-delta-9-tetra hydro can nabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.

Bagi kesalaahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta D4dah Berba haya yang membawa hukuuman penj4ra maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalaahan. Pada 13 Mei lalu, Sofi diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "“Tersengat” diri sendiri, sofi jikan dijaatuhkan hukuuman peenjara selama 12 bulan bermula hari ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*