“Selamat Tinggal…Banyak Giler Dugaan Selama Saya Menjaga Awak” – Kamal Adli

PELAKON Kamal Adli terpaksa menjual motor kesayangannya selepas melalui pelbagai dugaan ketika lebih tiga tahun membeli motor tersebut.

Kamal berkata, motor tersebut pernah kemal4ngan beberapa kali dan hilang dicvri oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Selamat tinggal… sumpah banyak gla dugaan selama saya menjaga awak (motor). Kemalangan orang lain buat hingga tersadai di bengkel selama dua tahun.

“Saya baiki semula dengan harga yang mahal tapi sayang punya fasal. Lepas elok… kemalangan pula dengan saya dan terpaksa dibaiki lagi.

“Kemudian dah elok kene curi pula dengan orang jhat, lepas tu p0lis jumpa balik awak simpan di balai setahun sebab macam putus asa,” ujarnya di Instagram.

Kamal Adli jual motorsikal kepada individu bertanggunjawab.

Motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver itu pernah dilaporkan hilang pada 26 Oktober 2017.

Kamal berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk dia menjual motor tersebut kepada orang yang lebih bertanggungjawab.

“Lepas ambil di balai kena baiki lagi sekali dan ini masa terbaik untuk lepaskan awak kepada orang yang lebih baik. Terima kasih atas segalanya,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Kamal Adli via SV

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Kamal Adli

Biodata
1. Pemilik nama penuh Ahmad Kamal bin Ahmad Adli. Dikenali sebagai Kamal Adli.
2. Lahir pada 16 April 1986 di Bentong, Pahang, Malaysia.
3. Berketinggian 178 sentimeter.
4. Anak ketiga daripada tujuh beradik.
5. Kediamannya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan Penyiaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM; Akademi TV3).
7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.
8. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pelawak.
9. Bekas juara pertandingan Hero Remaja 2007/2008.
10. Lakonan sulungnya menerusi watak Budi dalam siri drama Renjis musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 2008.
11. Pernah membintangi filem, antaranya Niyang Rapik, Senjakala, Apa Celop Toqq, Abang Long Fadil, Cerita Hantu Malaysia, Isteri Untuk Dijual dan Blok 404.
12. Beberapa drama dilakonkannya seperti Mayang Mengurai, Ana Lu’lu, Apa Celop, Bila Hati Perempuan Menjerit, Jodoh Sebelah Pintu, Black Belt Kaler Pink, Duda Pujaan Dara dan Jika Masih Ada Rindu.
13. Juga telefilem Otai Rempit, Kekasihku Is Setan, Lagu Kita, Sayangku Damia, Suamiku Encik Beruang, Ms Oxford Mr Mesir, Jongkong, Suatukala, I Heart You Cik Yah, Haloba, Hantu Don dan banyak lagi. Termasuk teater muzikal Impak Maksima, Gerimis Mengundang dan Asmara Songsang.
14. Bergelar Juara Super Spontan Superstar 2017, Naib Juara Liga Lawak Superstar dan pemegang trofi Pelakon Lelaki Prolifik di Anugerah Telenovela 2017.
15. Pernah bercinta dengan aktres Intan Ladyana selama lebih enam tahun sebelum dilaporkan menjalinkan cinta dengan aktres Emma Maembong. Namun pada 2017, perhubungan itu gagal kerana kehadiran orang ketiga. Mereka bagaimanapun tetap terus berkawan, namun sejauh mana status hubungan itu masih menjadi tanda tanya.

Sumber : iluminasi

Be the first to comment on "“Selamat Tinggal…Banyak Giler Dugaan Selama Saya Menjaga Awak” – Kamal Adli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*