“Keluarga Dan Rakan Terkejut,” – Konon Bercinta Dengan Ayda Jebat, Nabil Mahir Perjelas Keadaan Sebenar

Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, mengakui dirinya berkawan dengan Ayda Jebat, namun hos berkenaan hanya menyifatkan hubungannya dengan penyanyi Temberang itu tidak lebih daripada hanya kawan biasa.

Nabil menjelaskan, jalinan persahabatannya dengan Ayda sebelum bintang berkenaan berkawan rapat dengan Redza Rosli lagi.

“Jujurnya, apabila timbul cerita mengatakan kami bercinta, saya memang terkejut. Bukan saya sahaja, keluarga dan rakan terdekat juga terkejut dengan berita berkenaan.

Mereka turut meminta kepastian, apakah cerita itu benar ataupun sekadar gosip?,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Pada masa sama, Nabil turut menjelaskan hubungan keduanya digembar-gembur memandangkan mereka kini solo.

“Mungkin berikutan masing-masing masih single, ia menyebabkan ramai mengaitkan saya dan Ayda bercinta.

“Kami memang berkawan, namun tiada langsung kaitannya dengan soal sedang dalam fasa mengenali hati budi atau sebagainya,” katanya jujur.

Malah, Nabil turut menepis persoalan sama ada Ayda merupakan wanita yang paling rapat dengan dirinya ketika ini.

“Bagi saya, Ayda sama seperti kawan perempuan yang lain. Berkawan tidak semestinya kena selalu lepak bersama atau perlu mengadu masalah.

“Asalkan mempunyai persefahaman dan minat sama, ia sudah memadai untuk menjadikan kami sahabat,” kongsi Nabil.

Terdahulu, ada dakwaan yang kononnya kedua selebriti ini jalin cinta apabila kedua-duanya saling berbalas mesej di laman sosial dengan Nabil dikatakan pernah meninggalkan komen ‘I Love You’ di laman Instagram Ayda.

Malah, mereka juga dikatakan ada mengenakan pakaian sedondon pada sebuah acara, baru-baru ini.

Foto: Instagram Nabil Mahir, Ayda Jebat

Apa Kata Anda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "“Keluarga Dan Rakan Terkejut,” – Konon Bercinta Dengan Ayda Jebat, Nabil Mahir Perjelas Keadaan Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*