Najib Razak minta tolong rakyat carikan pakcik ini. Ada sebab kenapa dia perlu jumpa pakcik ni

Baru baru ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu rakyat. Memang menjadi rutin kebiasaan beliau untuk ke negeri negeri atau kawasan.

Dengan laungan Malu Apa Bossku, Najib Razak seperti seorang selebriti terkenal setiap kali beliau menjejakkan kaki di sesuatu tempat. Dengan orang ramai yang berpusu pusu untuk tidak terlepas peluang mengambil gambar selfie bersama Najib Razak. Dahulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri sudah semestinya susah untuk seperti begini.

Tetapi ada sesuatu yang terjadi ketika beliau berada di Pulau Pinang dan ianya tidak sengaja. Ketika beliau sedang melawat di salah satu kawasan dan beliau baru tiba, seperti biasa pasti ramai yang ingin bersalaman dengan Najib Razak dan mengambil gambar. Keadaan menjadi sesak dan kurang terkawal.

Dalam satu rakaman video, kelihatan seorang lelaki berumur menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Najib Razak tetapi kelihatan di dalam video tersebut Najib meletakkan tangan di dalam kocek seluar dan tidak menyambut salam pakcik itu dan berlalu pergi seperti tidak nampak pakcik itu.

Disebabkan video ini ramai rakyat yang mengecam Dato Seri Najib Razak sombong dan memilih dengan siapa dia ingin bersalaman. Perkara ini sampai ke pengetahuan Najib Razak dan beliau membuat kenyataan di dalam Facebook rasmi beliau Najib Razak.

Video Dan Keterangan Najib Razak

Saya ada terima WhatsApp tadi mengenai satu video tersebar saya tidak bersalaman dengan seorang pakcik warga emas.

Dengan ikhlas saya memohon maaf kepada pakcik.

Saya tidak berniat begitu dan pada ketika itu dalam minda saya ingin segera menghulurkan sikit tips kepada penyanyi yang kebetulan ada di hadapan gerai.

Bukan peribadi saya untuk tidak mesra rakyat.

Sehingga hari ini Najib Razak berdiri dan makan minum bersama rakyat.

Sehingga hari ini Najib Razak bersuara untuk rakyat walaupun berhadapan dengan cabaran dan penindasan dari kerajaan .

Jika berkesempatan dan pakcik beri peluang, saya ingin bertemu semula dengan pakcik sama ada di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur.

Mana-mana ahli UMNO yang tahu di mana pakcik juga boleh bantu hubunginya dan akan diaturkan satu pertemuan.

Sekali lagi saya ingin mohon maaf kepada pakcik.

Semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi .

Insya-Allah.

Semoga niat Najib Razak untuk berjumpa pakcik ini termakbul. Mari kita tolong dengan sebarkan artikel ini sehingga pakcik tersebut dijumpai.

By: Awattt Syeikhh Network

Be the first to comment on "Najib Razak minta tolong rakyat carikan pakcik ini. Ada sebab kenapa dia perlu jumpa pakcik ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*