Selepas Pendedahan Sarah Hildebrand Dituduh Mengambil Kesempatan,Setelah Berdiam Diri,Nabil Mahir Tampil “Buka Mulut”..

GARA-GARA pendedahan pelakon Sarah Hildebrand mengenai punca dia putus cinta, tidak semena-mena bekas kekasih iaitu Nabil Mahir menerima kecaman di Instagram.

Walaupun tidak menyebut secara khusus individu tersebut, netizen mengandaikan lelaki yang dimaksudkan Sarah itu ialah pengacara Nabil.

Enggan memanjangkan cerita, Nabil menerusi Instagram memilih untuk berdiam dan turut berterima kasih kepada mereka yang membuat teguran terhadapnya.

“Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah.

“Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik,” tulisnya pada Isnin.

Netizen menyerang ruangan komen di Instagram Nabil.

Pada Sabtu lalu, Sarah Hildebrand membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus selepas bekas kekasihnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya sepanjang mereka bercinta.

Malah, lebih parah pelakon drama Pujaan Hati kanda ini mendakwa pernah dituduh melakukan perkara terkutuk dengan pengurusnya.

Dia yang post fasal ex dulu, ex balas balik tiba-tiba nak – NETIZEN

Sarah terpanggil untuk berkongsi perkara itu selepas mendapat banyak mesej yang meminta pendapatnya apabila terperangkap dalam sebuah hubungan cinta yang bermasalah.

Sementara itu, ruangan komen pada kapsyen yang ditulis Nabil itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Sebahagian komen netizen di Instagram Nabil.

Rata-ratanya berasa kurang senang dengan tindakan Nabil dan meminta bekas pengacara program HLive itu tidak berpura-pura seperti menjadi mangsa keadaan.

“Buat apa nak takut makan diri? Then dia tak sakit hati? Play victim nya.

“Alhamdulillah, cakap dekat diri sendiri, lepas ni jangan nak buli girlfriend tau.

“Dia yang post fasal ex dulu, ex balas balik tiba-tiba nak playing victim,” komen netizen.

Terdahulu, Sarah dan Nabil berpisah pada Februari lalu selepas lima tahun bercinta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Selepas Pendedahan Sarah Hildebrand Dituduh Mengambil Kesempatan,Setelah Berdiam Diri,Nabil Mahir Tampil “Buka Mulut”.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*