Wartawan cuba dapatkan jawapan Syafie Naswip kenapa dia pukul tunang sebab dituduh songsang. Ini jawapan ringkas syafie

 

“MAAFKAN saya, minta rujuk segala pertanyaan kepada pengurus,” balas ringkas pelakon Syafie Naswip menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.

Syafie, 27, dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berita mengaitkan seorang pelakon lelaki yang ditahan polis di Serdang malam kelmarin berhubung laporan membelas4ah bekas tunangnya kerana ditegur songsang.

Justeru, Harian Metro meneruskan usaha mendapatkan komen daripada pengurus kepada pengacara dan pelakon filem Mukhsin itu.

Pengurusnya, Badrul Hashim dihubungi turut memberi kerjasama dengan media menerusi jawapan sangat ringkas.

“Setakat ini, tidak ada apa yang perlu diperkatakan,” katanya.

Berdasarkan berita disiarkan Harian Metro, seorang pelakon lelaki ditahan selepas membel4asah bekas tunangnya berikutan berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 9 pagi hari kejadian.

“Bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat.

“Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang dengan kenalannya,” katanya.

Ismadi berkata, suspek yang bengang dengan permintaan wanita itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbvk muka, mencengk4am mata serta menumbvk mulut mangsa sehingga berdarah.

Beliau berkata, susp3k ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku memukul mangsa. Bagaimanapun, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan,” katanya.

Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta aktor itu.

Syafie didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Aishah sebelum bertindak kasar termasuklah mencekik leher dan menumbuk mukanya.

Ia dikatakan berpunca apabila Aishah menasihat Syafie agar meninggalkan satu sifat buruk dirinya.

Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Afiq Muiz ini telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian tersebut telah lama berlaku.

Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin menyelesaikan kes mereka secara baik tetapi suspek didakwa bertindak berlebihan.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi mStarmengesahkan Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Pelakon itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas diambil keterangan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

Sementara itu Aishah ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan.

Aishah enggan mengulas mengenai dakwaan dia membuat laporan polis terhadap Syafie.

Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Aishah terlerai dengan alasan dia tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi keretakan hubungan Syafie dan Aishah mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun mereka pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada akhir tahun ini.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Sumber Metro, Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Wartawan cuba dapatkan jawapan Syafie Naswip kenapa dia pukul tunang sebab dituduh songsang. Ini jawapan ringkas syafie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*