“Dia bercuti ketika saya sakit, kantoi mesej wanita lain ketika majlis baby shower” – Ini “Kata Putus” Dari Isteri Ammar Buat Ramai Terkejut

ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam menegaskan dia tidak akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami-isteri seperti yang digambarkan menerusi laman Instagram suaminya pada Ahad.

Menurut Nelissa, pelakon filem Paskal itu bukan sahaja berlaku curang, malah mendakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami apabila memilih untuk bercuti ketika dia sedang dirawat di hospital.

Malah Nelissa juga mendakwa Ammar sekali lagi kantoi berbalas mesej dengan wanita lain ketika dia menganjurkan majlis ‘baby shower’ pada 20 Julai lalu.

Nelissa membuat pendedahan menerusi Instastory miliknya.

“Ini adalah sebab kenapa saya tidak akan kembali bersama dengan dia. Dia tidak menghormati saya dan bayi. Berlaku curang dan abaikan saya untuk pergi bercuti sedangkan ketika itu saya dimasukkan ke hospital.

“Kantoi mesej dengan wanita lain ketika majlis ‘baby shower’. Datang semula dan dia fikir boleh dapat saya? Saya tidak rasa begitu. Muat naik foto kami bersama tidak akan membuatkan saya kembali.

“Dia kini sedang menggunakan cara itu untuk buat saya berjumpa dengannya. Saya tidak akan percaya segala penipuan dan permainan awak. Tinggalkan saya sendirian,” katanya.

Dia tidak menghormati saya dan bayi. Berlaku curang dan abaikan saya untuk pergi bercuti sedangkan ketika itu saya dimasukkan ke hospital. Nelissa Nezam Isteri kepada pelakon Ammar Alfian

Nelissa memuat naik pendedahan tersebut menerusi Instagramnya pada Ahad selepas Ammar terlebih dahulu berkongsi video dan foto mereka bersama di laman sosial.

Ammar berkongsi foto dia memeluk isterinya yang kini sedang hamil lapan bulan berserta kapsyen memberi gambaran mereka sudah berbaik semula selepas berhadapan dengan masalah rumah tangga sejak Mei lalu.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Nelissa memberitahu dia dan Ammar sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei, namun masih mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

Dalam pada itu, Nelissa menjelaskan foto yang dimuat naik Ammar itu dirakam beberapa minggu sebelum kantoi mesej dengan wanita lain dan percutian ke Barcelona, Sepanyol.

Kapsyen dan foto yang dimuat naik Ammar memberi gambaran mereka sudah berbaik semula.

Kata Nelissa, Ammar berkongsi video dan foto tersebut tanpa pengetahuannya dan bertujuan untuk mengaburi mata netizen tentang masalah hubungan mereka.

“Foto itu diambil beberapa minggu lalu sebelum dia pergi bercuti untuk tujuan kenangan untuk bayi. Ia juga sebelum dia sekali lagi kantoi mesej dengan wanita lain.

“Semua foto dan video dimuat naik tanpa pengetahuan saya supaya kelihatan seperti kami kembali bersama. Kami tidak bersama dan ia tidak akan terjadi.

“Rasa hormat itu sudah tiada. Malah, dia tidak membiarkan saya berada dalam keadaan tenang sebelum melahirkan anak,” ujarnya.

Isu rumah tangga mereka mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Nelissa membongkarkan dakwaan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagram.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Dia bercuti ketika saya sakit, kantoi mesej wanita lain ketika majlis baby shower” – Ini “Kata Putus” Dari Isteri Ammar Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*