Ini Kata-Kata Akhir Keluarga Ainul Mardhiah Buat Dr. Amalina Sebelum Pulang Ke Malaysia

“Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Saya akan merinduimu Ainul,” berikut merupakan bingkisan akhir Dr. Amalina Bakri buat insan kerdil yang dirawatnya sejak sebulan lalu, adik Ainul Mardhiah.

Melayangkan kata-kata tersebut di Instagram, Amalina turut mengutuskan doa dan harapan agar Ainul membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.

“Ia perjalanan penuh emosi, ada naik dan turut tetapi Ainul dan kedua-dua ibu bapanya tetap kuat, mereka tak pernah berputus asa.

“Alhamdulillah, Ainul menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan saya tak sabar melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti kanak-kanak lain,” tambah Amalina lagi.

View this post on Instagram

I will miss you, Ainul. It has been an emotional journey – there were ups and downs but Ainul and her parents were really strong. They went through a lot of obstacles and challenges, but they never give up. Alhamdulillah Ainul made an excellent progress. I can’t wait to see you running around a playground like any other kids! Thank you to all of you who have contributed in this great mission – you know who you are. Selamat pulang ke Malaysia. Please come back again to London soon, we all love you! 🥰 P/S: Consent was given by Ainul’s parents for this picture to be published.

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Ucapan Amalina turut disambut keluarga Ainul yang menghadiahkan Amalina sebatang pen dan sekeping kad ucapan.

“Terima kasih untuk segala pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.

“Kami sanagt menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.

“Semoga Allah sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Terima kasih,” tulis kedua-dua ibu bapa Ainul, Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin.

Sementara itu, menerusi kemaskini akaun Instagram Erwani dan Safiuddin, mereka kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

“Allah, permudahkanlah perjalanan kami sampai ke Malaysia. Berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

“Bye London. We will miss this adorable moments,” tulis Erwani.

Ainul sekeluarga diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut sejak sebulan lalu dan kisah penuh inspirasi ini menjadi perhatian ramai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Newskini

Terima kasih Rakyat Malaysia! Foto Ainul Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia

Sebelum ini, adik Ainul Mardhiah yang diterbangkan ke London bagi menjalani pembe4han membuang ketumbvhan di mulut dilaporkan akan pulang ke Tanah Air pada pertengahan bulan Julai. Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu, penerbangan pulangnya terpaksa ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram ibu dan bapa Ainul, mereka dilihat telah memaklumkan bahawa akan berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini. Hal tersebut dijelaskan menerusi IG story bapanya iaitu Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani.

Menerusi Instagram masing-masing, ibu bapa bayi kesayangan Malaysia ini kelihatan sudah bersedia didalam pesawat menuju ke Malaysia selepas lebih sebulan berada di luar negara. Kesihatan Ainul turut berada dalam keadaan memuaskan sejak hari pertama pembed4han itu berjaya.

Sudah tentu berita gembira ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana sudah mengikuti perkembangan kesihatan bayi comel tersebut sejak awal lagi.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan pulang Ainul sekeluarga dipermudahkan. Semoga adik Ainul Mardhiah terus sihat seperti kanak-kanak lain di masa hadapan.

Sumber : Viwanita via Newskini

Be the first to comment on "Ini Kata-Kata Akhir Keluarga Ainul Mardhiah Buat Dr. Amalina Sebelum Pulang Ke Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*