“Tak Suka Sebab Dia Burukkan Mak Mertua Dia” – Netizen. Ini Jawapan Balas Fazley Yaakob

Sebelum ini, Chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah menerima keccaman daripada seorang individu di laman media sosial Twitter. Kejadian ini berlaku saat selepas pipihanraya yang lalu, di mana beliau membuat luahan mengenai ibu mertuanya.

Ianya sekadar luahan hati untuk memberi owngajaran dan berbentuk nasihat.

Individu tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada chef selebriti berkenaan.

Semuanya gara-gara bintang itu asyik bercakap tidak baik perihal ibu mertuanya sebelum ini. Namun ramai peminat memuji sikap beliau yang sempoi dan tenang sahaja memberi jawapan. Beliau tidak melantun atau menambah perisa untuk mengundang persengketaan.

“Sorry tak suka Fazley sbb dia buruk2kan MIL dia.Tak kosah la kalau nak kata MIL kau tu jahhat mana pun. Kitorg kuutuk takpe.”tulis individu tersebut.

Lantas, kata-kata individu tersebut telah dibalas dengan tenang oleh Fazley. Mungkin jawapan sebegini lebih selamat dan tidak mengundang pertanyaan mana-mana pihak

“Baiklah.. salam ramadan!”tulis Fazley.

Terdahulu, sebelum ini pernah tular di laman media sosial mengenai isu melibatkan ibu mertuanya dan ia turut tersebar dikalangan netizen. Ramai menyokong tindakan Fazley, namun ada juga yang kurang senang kerana beranggapan perkara lama usah diungkit.

Namun ramai percaya  ada sebab kenapa beliau berani mengeluarkan kenyataan sebegitu. Pastinya yang pernah mengalami situasi tersebut lebih memahami.

Kehidupan rumahtangga pastinya banyak dugaan dan isu hubungan ujian dalam keluarga mertua pastinya menguji kesabaran.

Semoga Fazley sekeluarga bahagia dan maju dalam usaha perniagaan yang dijalankan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Twitter Fazley Yaakob via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Tak Suka Sebab Dia Burukkan Mak Mertua Dia” – Netizen. Ini Jawapan Balas Fazley Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*