“Guna Sabun, Minyak Tetap Tak Boleh Keluar” – Ning Baizura Minta Bantuan Bomba . Kongsi Detik Detik Cem4s Pasukan Bomba Potong Cincin Tersekat Dijari

PENYANYI Ning Baizura terpaksa minta bantuan bomba apabila cincin yang dipakainya untuk sebuah persembahan tidak dapat ditanggalkan.

Menurut Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, 44, berkongsi detik cemas itu menerusi laman sosial Instagram pada malam Sabtu.

“Hari yang sangat gila dan trauma bagi saya. Tak tahu nak cakap macam mana. Malam tadi (Jumaat) saya ada persembahan dan setiap kali itu saya akan pakai aksesori.

Cincin berjaya ditanggalkan dengan bantuan anggota bomba.

“Keadaan sangat kelam kabut dan saya paksa diri pakai cincin. Balik rumah, saya tak boleh nak tanggalkan cincin, jadi saya biarkan sahaja semalam sehingga menyebabkan jari bengkak.

“Saya cuba pelbagai cara, guna sabun, guna minyak dan semua la tapi tak boleh juga. Pukul 3.30 petang, suami dan ibu suruh saya jumpa doktor,” katanya.

Dalam pada itu, Ning memberitahu doktor tidak dapat melakukan apa-apa namun menyarannya pergi ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial itu, Ning berdepan detik cemas ketika proses memotong logam bagi menanggalkan cincin tersebut.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu saya dengan masalah ini. Walaupun masalah kecil tapi perlu diselamatkan.

Ning Baizura -Penyanyi

Setelah beberapa minit dan pelbagai kaedah digunakan akhirnya cincin tersebut berjaya dikeluarkan daripada jari penyanyi Awan Yang Terpilu itu.

Ning meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan bomba yang berjaya ditanggalkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu saya dengan masalah ini. Walaupun masalah kecil tapi perlu diselamatkan.

“Mereka sangat baik dan profesional. Saya sangat bersyukur kepada semua anggota bomba,” ujarnya.

View this post on Instagram

BLESSED TO BE SAVED BY THE #FIRE&Rescue team of Jalan Pantai Baru.. 😥😰syukur alhamdulillah terima kasih kepada semua anggota pasukan penyelamat balai bomba di Jalan Pantai baru terima kasih sekali lagi… moga Allah memberikan anda lebih banyak lagi rezeki amin.. Tq for Saving me..😇

A post shared by Ning Baizura Hamzah Dalton (@ningdalton) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Guna Sabun, Minyak Tetap Tak Boleh Keluar” – Ning Baizura Minta Bantuan Bomba . Kongsi Detik Detik Cem4s Pasukan Bomba Potong Cincin Tersekat Dijari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*