Penjual Nasi Lemak Ini Tidak Mengaku Bersalah Tapi Anak Sulung Dia Mengaku Bersalah

SEORANG penjual nasi lemak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di Arau minggu lalu.

Tertuduh, Zarina Murni Mohd Hashim, 40, pada mulanya mengaku bersalah selepas pertvduhan terhadapnya dibacakan kali pertama.

Namun dia menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertvduhan itu dibacakan semula di depan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan kertas pertvduhan , Zarina sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun didakwa mengabaikan kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di No 8, Jalan Padang Nyu, Kampung Gial, Arau tahun lalu dan tahun ini.

Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kes4lahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Diyana Ab Shukor.

Mohd Izham memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh selepas mengambil kira kes4lahan serius dilakukan.

Nur Diyana memohon mahkamah mempertimbangkan suatu jaminan yang minimum memandangkan pendapatan Zarina tidak menentu, selain menghidap masalah darah tinggi dan kencing manis.

Katanya, berikutan masalah kesihatan dialami, Zarina kini terpaksa bergantung kepada bekalan ubat-ubatan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 28 Ogos depan.

ANAK SULUNG MENGAKU BERSALAH

ANAK penjual nasi lemak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar.

Sementara itu, dalam pertvduhan berasingan, di depan Majistret Norhayati Ibrahim, anak sulung tertuduh berusia 15 tahun mengaku bersalah atas pertvduhan dengan sengaja menyebabkan kec3der4an kepada adiknya.

Berdasarkan pertvduhan , tertvduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kec3der4an kepada seorang kanak-kanak berusia 14 tahun menggunakan sebatang soldering iron, paip getah dan satu penyangkut plastik di No 8, Jalan Padang Nyu, Kampung Gial, Arau jam 6 pagi jam 1 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kes4lahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang jika sabit kes4lahan boleh dipenjarakan hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jodia Poh Yi Tying manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Norhayati memerintahkan tertuduh tidak diikat jamin disebabkan tiada penjaga dan diarahkan dihantar ke Penjara Juvana Sungai Petani sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menentukan hukuman.

Terdahulu, dua beranak itu diiringi anggota polis tiba di mahkamah jam 9.28 pagi. Beberapa ahli keluarga tertuduh juga dilihat berada di bangunan ini.

Ahad lalu, rakaman seorang remaja perempuan dipaksa tidur di luar rumah tersebar di laman sosial Twitter yang dimuat naik seorang pengguna.

Selain dipaksa tidur di luar rumah, mangsa dipercayai turut disimbah air panas, dipukul dengan buluh dan anggota badannya dikepit playar.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Penjual Nasi Lemak Ini Tidak Mengaku Bersalah Tapi Anak Sulung Dia Mengaku Bersalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*