“Kenyataan Dia Cukup Buat Orang Faham” – Mimi Lana Dedah Hubungan Dengan Syafiq Kyle

Pelakon Mimi Lana enggan mengulas lanjut hubungan cintanya bersama pelakon Syafiq Kyle kerana merasakan kekasihnya itu telah pun menjelaskan apa yang perlu.

Pelakon yang pernah membintangi telefilem The Hantus itu menegaskan perkara ini tidak perlu dihebohkan lagi kerana tidak mahu ia terlalu menyerlah sehingga membayangi kerjaya mereka berdua sebagai pelakon. 

“Saya rasa kenyataan Syafiq dah memadai untuk bagi semua orang faham.

“So tak perlu lagi nak ulas panjang-panjang sebab kita taknak besarkan hal ni takut nanti benda ni lagi outstanding daripada kerjaya kami,” jelas Mimi.

Mimi Lana ditemui ketika menjadi tetamu Anugerah Stail EH! 2019 bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur.

Menjelaskan gambar yang dimuat naik bersama kekasihnya itu, Mimi berkata hantaran itu bertujuan sebagai promosi kepada drama lakonan mereka berjudul Bukan Cinta Aku.

“Ini bukan pertama kali saya muat naik gambar bersama Syafiq terutamanya untuk drama-drama yang lain.

“Mungkin bila selepas satu kenyataan Syafiq beritahu dulu, ramai orang yang teruja,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai privasi mereka apabila hubungan ini didedahkan, Mimi menjelaskan keadaannya masih sama dan tidak ada apa yang berubah.

“Cuma soalan macam ni tak patut kerap kali ditanya sebab keputusan kami untuk beritahu peminat tu sudah cukup.

“Tak perlulah saya ulas lanjut mengenai perkara ini,” katanya menutup bicara.

Mimi Lana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem thriller psiko arahan Razaisyam Rashid berjudul Pusaka.

Filem terbitan Astro Shaw itu dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2020.

Sumber : Gempak 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Kenyataan Dia Cukup Buat Orang Faham” – Mimi Lana Dedah Hubungan Dengan Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*