Khusyuk Je Dia Susun, Viral Gambar Bapa Gigih Kumpul Duit Syiling Belikan Telefon Impian Anak

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memberi keselesaan dan kemudahan untuk keluarga yang tercinta. Biarpun kemampuan terbatas, mereka akan tetap berusaha keras dalam menyediakan keperluan yang terbaik buat anak-anak.

Inilah yang dilakukan oleh seorang bapa di Filipina yang mengumpul wang syiling untuk membeli telefon pintar buat anaknya.

Seorang pengguna Instagram, Mccoy De Leon telah berkongsi gambar seorang lelaki separuh abad yang menyusun syiling di atas kaunter kedai telefon dengan kapsyen bermaksud,

“Saya harap saya dapat bertemu dengan bapa ini kerana dia sangat baik. Inilah yang kita semua perlu lakukan demi memberi keseronokan kepada mereka kita cintai.

Perkongsian yang mendapat lebih 54 ribu tanda suka itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan kegigihan lelaki tersebut membeli telefon untuk anaknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment on "Khusyuk Je Dia Susun, Viral Gambar Bapa Gigih Kumpul Duit Syiling Belikan Telefon Impian Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*