“Orang sekeliling mahu lihat saya terus jatuh” – Alyah rimas dikatakan buka cerita rumah tangga dalam lagu

Alyah terkenang perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi.

PENYANYI Datin Alyah tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Meluruh.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, berkata dia terkenangkan perjalanannya sepanjang 19 tahun bergelar anak seni.

“Saya tersentuh hati apabila mendengar lagu ini kerana terbayangkan kesukaran dan kepayahan perjalanan dari awal bergelar penyanyi dulu.

“Pelbagai ujian dilalui, jatuh dan terus jatuh… tapi saya tak putus asa sebab ini kerjaya saya.

“Cumanya sekarang ini cabaran itu lebih besar, saya perlu berdepan dengan kata-kata netizen dan orang sekeliling yang mahu lihat saya terus jatuh,” katanya kepada mStar.

Alyah ketika pelancaran lagu Meluruh pada Jumaat.

Alyah ditemui semasa pelancaran video muzik Meluruh yang diadakan di TGV, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Meluruh merupakan karya ciptaan Alyah bersama Helen Yap dan Slen.

Sementara itu, isteri kepada pengarah muzik Datuk Ramli MS ini turut menafikan lagu terbaharu itu berkaitan kisah rumah tangganya.

“Ia tak ada kena mengena dengan kisah hidup saya. Lagu ini hanya berkait dengan kisah saya sebagai anak seni.

“Lagu sebelum ini pun tak ada kaitan tentang kisah kehidupan saya, terpulang pada mereka yang ingin mentafsir jalan cerita lagu-lagu saya.

“Sejujurnya, rimas juga bila orang luar sangka macam tu hakikatnya kehidupan saya baik-baik sahaja dan tak ada kaitan dengan mana-mana lagu,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Orang sekeliling mahu lihat saya terus jatuh” – Alyah rimas dikatakan buka cerita rumah tangga dalam lagu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*