“Dia Dididik Tanpa Kemewahan” Anak Ajak Shiro Menangis Terharu Dapat Basikal Idaman

Isteri kepada pelawak Ajak Shiro, Nur Afifah Amin mended4hkan anak sulungnya, Mohd Jad Thaqif, 9, dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana. Menurut Afifah, ketika Jad dilahirkan mereka hanya memakai kereta jenama Kelisa yang tiada penghawa dingin.

Namun, Afifah berbangga dengan anaknya yang tidak meminta sesuatu barang dengan sewenang-wenangnya meskipun mereka sekeluarga kini mula menjalani kehidupan yang lebih senang. Menerusi akaun Instagram miliknya, Afifah memuat naik video Jad yang terharu saat menerima hadiah basikal idamannya.

“Jad ni anak sulung… Dia lahir kami bukan orang senang balik Lumut dari Kluang dengan Kelisa tanpa penghawa dingin.. Dia dididik tanpa kemewahan.. Tapi yer lah, naluri nak basikal tu ada.. Budak kan… Sebenarnya dia nangis sambil kata ‘Sorry baba, Jad abiskan duit baba’.. Dia nak tapi dia takut abiskan duit sebab kena beli 2 basikal..

“So jiwa pun kacau, sedih tengok Had dapat basikal and terharu bila rupanya dia pun dapat.. Mak yang merakam ni pun sebenarnya meleleh air mata Tapi, moralnya… Baba jahat sebab suka buat kita orang sayang baba dengan cara yang sedih-sedih,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ntizen yang rata-rata kagum dengan Jad kerana bersikap lebih matang dari usianya. Malah pengikutnya juga turut akui mengalirkan air mata ketika menonton rakaman video tersebut. Ajak dan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.

Posted by Real Ajak Shiro on Saturday, 20 July 2019

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Gempak

Artikel berkaitan ‘Ajak Shiro umum berhenti jadi DJ Hot FM’. Pelawak Ajak Shiro mengumumkan dia tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai penyampai radio di stesen Hot FM yang akan tamat pada penghujung Februari depan.

Jelas Ajak, keputusan itu dibuat kerana ingin menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sementelah dalam tempoh tiga tahun bergelar penyampai, dia langsung tidak berkesempatan untuk mengambil sebarang tawaran berlakon.

“Jadual kerja di stesen radio sangat padat, malah untuk hari hujung minggu pun kadang-kadang saya perlu mengikuti pelbagai program luar. Boleh dikatakan saya langsung tiada hari cuti.

“Saya akui sangat gembira bekerja di stesen radio tetapi sepanjang tiga tahun ini, ada perkara yang membuatkan saya sedikit kesal kerana tidak pernah berkesempatan menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan waktu masuk bekerja adalah awal pagi.

“Jadi apabila tamat kontrak nanti, saya akan ambil masa untuk berehat seketika dan makan dengan lebih banyak sebab sekarang badan agak kurus. Selepas itu saya akan kembali fokus dengan dunia lakonan,” katanya ketika sidang media selepas kumpulan Shiro diangkat selaku juara Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) malam tadi.

Sebelum ini, Ajak mula bergelar penyampai radio di stesen Hot FM pada 2016 dan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk Sahar dan Fizie yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi. Sumber kosmo ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "“Dia Dididik Tanpa Kemewahan” Anak Ajak Shiro Menangis Terharu Dapat Basikal Idaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*