NABIL BINA RUMAH BARU TAPI LOKASI RUMAH BARU DIA AGAK MENYERAMKAN

 

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad mendedahkan dia sengaja membina sebuah rumah berdekatan dengan kawasan perkuburan kerana mahu sentiasa mengingati kematian.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 36, berkata, rumah tersebut dibina di kampung halamannya di Negeri Sembilan yang juga merupakan rumah persinggahan keluarga.

Menurutnya, pada masa depan, dia teringin untuk menetap di rumah tersebut dan memperbanyakkan aktiviti di masjid sebagai kariah.

“Saya memang sengaja membina rumah keluarga berdekatan dengan kawasan perkuburan untuk mengingatkan diri mengenai kematian. Selepas bersara kelak saya mempunyai rumah untuk berehat dan menyumbangkan kudrat sebagai kariah masjid.

“Mungkin juga kudrat berkenaan termasuk sebagai penggali kubur, selain membantu membaiki masjid dan sebagainya. Itu adalah impian saya,” katanya kepada Kosmo! pada pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah Nabil, rumah tersebut juga merupakan hasil titik peluh adik-beradik yang lain untuk membina kediaman yang selesa buat ibu bapa mereka.

“Rumah tersebut adalah rumah persinggahan keluarga. Besar mana atau jenis rumah, biarlah hanya kami sahaja yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Nabil menafikan desas-desus kontraknya sebagai pengacara program MeleTOP terbitan Astro bakal ditamatkan.

Nabil berkata, dia telah menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai pengacara MeleTOP untuk tempoh dari tahun 2020 hingga 2022.

Sumber Kosmo

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "NABIL BINA RUMAH BARU TAPI LOKASI RUMAH BARU DIA AGAK MENYERAMKAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*