“Abang Dah Nak Masuk Meminang Someone!” – Shila Amzah Tidak Sengaja Dedah Fara Fauzana Bakal Dipinang Seseorang?

Baru-baru ini empat sekawan, Fara Fauzana, Shila Amzah, Zara Zya dan Jihan Muse telah dijemput ke rancangan radio berkonsepkan konti rumah bernama, FBILive.

Selain aksi melucukan mereka, siapa sangka Shila tanpa sengaja mendedahkan bahawa Fara Fauzana bakal dipinang seseorang!

Shila pada mulanya menulis bahawa dia tidak menyedari betapa pantas masa berlalu memandangkan dirinya sudah berkahwin, Jihan sudah bergelar ibu, Zara sudah bercinta dan ‘Abang’ (panggilan mesra Fara) bakal dipinang seseorang.

Ekoran komen berkenaan, rata-rata mula teruja dan bertanyakan siapakah bakal ‘peminang’ Fara Fauzara.

Wahh jika benar apa yang dikatakan Sheila, tahniah buat Fara Fauzana. Pasti ramai lelaki yang kecewa bukan?

Dua tahun lalu Fara membuat pengumuman bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan bernama Mohamed Hafiz pada 17 September tahun sama.

Namun hubungan mereka berakhir dan Fara memberikan alasan peribadi dan tidak sependapat dengan jejaka berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Soyalemon

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "“Abang Dah Nak Masuk Meminang Someone!” – Shila Amzah Tidak Sengaja Dedah Fara Fauzana Bakal Dipinang Seseorang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*