Lelaki tempuh perjalanan 2,400 km untuk beri kejutan sempena birthday, tetapi kekasihnya cvrang bersama lelaki lain di depan mata

Hancur luluh hati seorang lelaki apabila ternampak teman wanita yang disayanginya bersama dengan lelaki lain di depan matanya sendiri. 
 
Kisah kecvrangan yang viral di Twitter itu turut disertakan dengan beberapa gambar kejadian di mana lelaki m4l@ng itu memakai kostum beruang dan berdepan dengan pasangan terbabit. 
 
Berdasarkan tweet itu, lelaki yang memakai kostum tersebut menjalinkan hubungan jarak jauh dengan wanita berkenaan dan dia sanggup menempuh perjalanan 2,400 kilometer semata-mata mahu memberi kejutan, namun dia sendiri yang terkejut dengan apa yang disaksikannya itu. 
 
 
Lelaki itu ternampak wanita kesayangannya bermesra dengan lelaki lain membuatkan dia terkedu lalu menanggalkan kepala kostum beruangnya dan merenung pasangan terbabit. 
 
Menyedari dirinya diperhatikan, wanita itu berpaling memerhatikan lelaki berkenaan sebelum tersedar bahawa ‘beruang’ itu adalah teman lelakinya. 
 
 

Be the first to comment on "Lelaki tempuh perjalanan 2,400 km untuk beri kejutan sempena birthday, tetapi kekasihnya cvrang bersama lelaki lain di depan mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*