Bila jadi selebriti terkenal, pasti apa sahaja yang dilakukan akan mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, perkongsian gambar penyanyi Nabila Razali mengundang kritikan ramai. Dalam foto tersebut, dia memakai baju putih yang agak jarang serta baju dalam iaitu inner warna kulit.
Rata-rata netizen berpendapat fesyen itu tidak sesuai dengan penampilannya sebagai seorang wanita berhijab. Menimbulkan fitnah dan bayangan yang tidak senonooh. Ada juga yang mengkritik Nabil kini semakin seeksi dan pemakaian tudungnya pula semakin singkat.
Bukan sahaja kena berhati-hati dalam soal pakaian, kami rasa Nabila juga harus lebih peka untuk tidak memuat naik sebarang foto yang boleh mengundang spekulasi dan fitnah.
“Inner tu warna pink!” Nabila Razali minta peminat terbuka ‘kepelbagaian fesyen’
PENYANYI Nabila Razali mengakui kesilapannya mengenakan pakaian yang dianggap kurang sopan hingga menampakkan bentuk badan.
Bagaimanapun menurut Nabila, 27, dia hairan mengapa netizen terlalu mencari kesilapannya hingga sanggup menilai secara teliti setiap gambar yang dikongsi di media sosial.
“Saya akui salah apabila mengenakan pakaian sebegitu, namun tidak sangka pula netizen bertindak ‘scan’ perkara sekecil itu” kata Nabila kepada mStar.
Namun kata Nabila dia menerima semua teguran netizen dengan hati yang terbuka.
Video Temubual Penjelasan Nabila Razali
Sumber : MSTAR ONLINE
Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Nabila Razali
Nama pentas: Nabila Razali
Tarikh lahir: 13 November 1992
Umur: 26 tahun
Kelahiran: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Pekerjaan, penyanyi dan pelakon
Media sosial: Instagram @nabila.razali
Fakta Menarik
1. Selain Nabila Razali, beliau juga pernah dikenali sebagai Nabila AF dan Nabila AF13.
2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.
3. Menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Malaysia sebelum meneruskan di peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.
5. Memperjuangkan muzik bergenre pop.
6. Pembabitannya dalam dunia seni bermula selepas menyertai rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013 yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz, Azhar Osman dan Faizul Sany.
7. Single pertamanya berjudul Katakan Saja.
8. Namanya hanya benar-benar memuncak selepas kelahiran single ‘Pematah Hati’ yang mana video muzik lagu itu yang diarahkan The Storytellrs menjadi tular kerana gimik lakonan percintaan beliau dengan aktor Aedy Ashraf.
9. Lagu rakaman Nabila yang lain ialah Cemburu yang juga tidak kurang popularnya.
10. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Cintaku Di Bumi Izmir dan Sunsilk #SISCUBA.
11. Pembabitan dalam telefilem menerusi Bibik Aku Nak Kahwin, Ustaz Baru Nak Start dan Pengantin Lari Culik Artis.
12. Dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
Yang korang pun sampai zoom kaw kaw, apa yang korang harapkan? Boleh tegur tapi teguran itu kena lah berhemah. Jaga aib orang dan Allah akan jaga aib anda.
Be the first to comment on "“Jangan ‘scan’ sangat!” Nabila Razali pelik netizen suka ‘zoom’ gambar tengok bukan-bukan"