Bapa Ini Bar4n Dan Meng4muk,Mahu Bersemuka Dengan MB Johor.Rakaman Video Dia Hilang Sabar Tersebar Dan Jadi Tular

SEMBILAN kes baharu sesak nafas dikesan di Pasir Gudang, Johor 2 hari lepas, membabitkan lapan murid dan seorang guru.

Mereka daripada empat sekolah di daerah itu bagaimanapun hanya menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sembilan kes itu membabitkan tiga lelaki dan enam perempuan.

“Tiada yang ditahan di wad. Mereka dikatakan terhidu bau busuk dan bau bahan yang terbakar di waktu pagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Neuropsychiatry Masterclass 2019 di Petaling Jaya, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, sekolah yang terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort (3 murid), SK Kopok (2 murid), SK Taman Rinting 3 (2 murid dan guru) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 (1 pelajar).

Menurutnya, simptom pening dan sesak nafas selain serangan panik boleh berlaku pada bila-bila masa memandangkan terdapat 250 kilang kimia dan 2,500 industri di Pasir Gudang.

“Kalau ini punca tercetusnya pelbagai (kes kesihatan), itu adalah sangat kita fahami dan pakar-pakar psikiatri kita tahu ini boleh mencetuskan sindrom serangan panik yang berulang,” katanya.

Johor salahkan najis merpati punca pelajar di Pasir Gudang sesak nafas

Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan insiden pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, di sini, mengalami sesak nafas dan muntah berulang berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pencemaran najis dan hama sejak sekian lama itu menyebabkan bau kurang menyenangkan.

“Ini mungkin juga antara faktor-faktornya (penyebab pelajar sesak nafas dan muntah). Jadi, kita minta Kementerian Pendidikan segera mengatasinya,” katanya selepas melawat sekolah itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan yang turut melawat sekolah itu berkata, najis burung bukan hanya di lantai kelas, tetapi turut didapati di balkoni tingkat 4 sekolah terbabit.

“Perkara ini dah lama nampaknya. Kalau tidak, mana mungkin ada banyak najis.

“Saya juga dimaklumkan pihak kementerian telah datang melawat dan diharap tindakan menutup ruang kemasukan burung ke bumbung kelas serta kerja pembersihan dapat dilaksanakan segera kerana kesannya dapat dilihat dari segi pernafasan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, terutama bawah 12 tahun.”

Beliau turut meminta pihak sekolah dan guru menggunakan kelas lain buat sementara bagi mengelakkan pencemaran najis mengganggu pernafasan pelajar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata pencemaran najis burung itu boleh mengakibatkan simptom sesak nafas lebih teruk berbanding sekarang.

“Dalam istilah kesihatan, kita sebut ‘pneumonitis over lung’ yang membawa kepada beberapa simptom antaranya sesak nafas, namun ia bergantung berapa lama mereka terdedah kepada pencemaran.

Mana MB Johor? Dia Doktorkan? Bapa Marah Mahu Jumpa MB Isu Pasir Gudang

Seorang bapa mengamuk mahu berjumpa Menteri Besar Johor ekoran isu di Pasir Gudang.

Tular sebuah video salah seorang bapa mangsa yang menunjukkan ketidakpuashatian beliau terhadap kerajaan Johor dalam menangani isu di Pasir Gudang

Daripada maklumat yang diperolehi melalui sosial media, kejadian berlaku sewaktu perjumpaan mangsa-mangsa dan keluarga bersama Ngo /Peguam-peguam dan Badan Pemantau Bebas tentang kejadian pencemaran alam sekitar.

Rakaman Penuh

Sumber : HMETRO / FMT / Mohd Khairi Shaari

Be the first to comment on "Bapa Ini Bar4n Dan Meng4muk,Mahu Bersemuka Dengan MB Johor.Rakaman Video Dia Hilang Sabar Tersebar Dan Jadi Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*