Netizn Sebak Lihat Achey Bagi Hadiah Upah Jaga Ayah, Adik Menangis Dapat Kejutan

Bintang Muzikal Lawak Superstar, Achey membuat kejutan terhadap adik iparnya, Mohd Shafiey dengan memberikan hadiah motosikal idamannya.

Menurut Achey, hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Shafiey yang telah menjaga bapa mentuanya dengan penuh kasih sayang selama setahun.

Achey juga berkongsi memori tersebut dengan memuat naik sepotong video menerusi IG TV diakaun Instagramnya semalam.

“Kami adik-beradik dan orang rumah saya termasuklah adik-beradiknya semua telah bersepakat untuk menghadiahkan adik saya hadiah sempena dia menjaga ayah yang tak putus-putus selama setahun.

“Jadi kami kumpul-kumpul maka dapatlah sedikit wang dan kami belikan dia hadiah yang memang dia inginkan dah lama dah jadi dapat cari. Alhamdulillah,” kata Achey.

Video

View this post on Instagram

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Dalam pada itu, video berkenaan mengundang rasa sebak netizen apabila reaksi Shafiey yang terkejut dan mengalirkan air mata itu sungguh menyentuh perasaan.

Rasa sebak netizen itu diluahkan menerusi kata-kata yang ditinggalkan diruangan komen posting tersebut.

Rata-ratanya terharu dengan tindakan ikhlas itu selain memuji sifat kekeluargaan yang ada pada diri Achey dan isterinya.

“Alhamdulillah. Semoga dilimpahkan rezeki buat abang Achey sekeluarga dan adik-beradik. Adik Pie ni dah berkahwin ye. Mesti isterinya pun orang baik-baik. Menantu juga main peranan untuk jaga mak ayah kita,” komen @adzlynnadnan

“Aduh… Berkaca mata ni. Tahniah adik Pie Atan,” tulis @patrick_banson

“Nak menangis tengok video ni… Hubungan adik-beradik yang sangat bagus @pie_atan @acheykintangkintung,” puji @marni_syamimi

Terdahulu, bapa mentua Achey telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.20 malam pada Khamis selepas mengalami sesak nafas.

Dalam perkembangan terbaru, Achey kini bersama kumpulan Botak yang dianggaotai oleh Black dan juga Abam Bocey.

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Be the first to comment on "Netizn Sebak Lihat Achey Bagi Hadiah Upah Jaga Ayah, Adik Menangis Dapat Kejutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*