Susulan Kelakuan Neelofa Buat Sesuatu Yang Dilarang Keras.Dia Tampil Buka Mulut Dan Mengatakan Sesuatu

PELAKON dan pengacara popular, Neelofa menegaskan tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai artis dia sangat menghormati akan harta intelek.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, memberikan kenyataan terbabit, selepas warganet membangkitkan isu pengacara program MeleTop itu memuat naik di laman Instagram beberapa saat rakaman filem Lion King yang ditonton di pawagam.

Neelofa mohon maaf rakam filem Lion King

Isu dibangkitkan warganet itu menjadi besar apabila pihak pempamer iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas, turut memuat naik kenyataan dan bertanyakan ia membabitkan tayangan di pawagam mana serta menganggap tindakan itu melanggar undang-undang dan dipandang serius.

Pihak pempamer juga turut membuat laporan mengenai isu ditimbulkan kepada penerbit filem Lion King iaitu Disney.

Memberikan penjelasan yang turut dimuat naik di laman sosialnya hari ini, kata Neelofa sejujurnya tindakan itu dibuat kerana keterujaannya terhadap karya diterbitkan oleh Disney itu.

“Saya mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menontonnya. Apatah lagi cerita terbabit sesuai menjadi tontonan seisi keluarga,” katanya.

Melihat dari sudut itu katanya, menyebabkan dia cuba berkongsi sedikit sedutan filem terbabit tanpa menyedari tindakannya itu menimbulkan pelbagai permasalahan.

Neelofa juga menjelaskan dia mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Saya mengharapkan umum belajar daripada kesilapan dilakukan ini supaya mereka turut berhati-hati pada masa hadapan dengan tidak mengulangi apa saya lakukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 10:04 PM Kredit:metro Online 

NEELOFA BUAT SESUATU YANG DILARANG KERAS. ADAKAH DIA AKAN TERLEPAS SEBAB DIA SELEBRITI

TINDAKAN pelakon dan pengacara Neelofa berkongsi rakaman sedutan filem The Lion King di laman Instastory mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi Twitter, seorang pemilik akaun dikenali Megat Aliff memuat naik paparan skrin Instagram memperlihatkan pengacara program Meletop itu berkongsi beberapa babak yang dirakam dalam panggung wayang.

“Jadi tiada sesiapa nak cakap apabila Neelofa merakam The Lion King dan muat naik di Instastory? Atau sebab dia selebriti dia boleh buat apa sahaja dia mahu,” kata Megat.

Pengguna Twitter itu turut menyebut (mention) akaun Twitter dua rangkaian pawagam iaitu TGV Cinema dan GSC Cinema.

Seorang pengguna Twitter mempertikaikan tindakan Neelofa.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti lokasi sebenar pawagam yang dikunjungi selebriti itu.

Pada pagi Selasa, Neelofa berkongsi sebanyak empat rakaman babak dalam filem tersebut di Instastory namun memadam rakaman itu setelah dikritik netizen.

Tidak lama kemudian, dua syarikat pawagam tersebut membalas tweet tersebut dan berjanji akan menyiasat mengenai perkara tersebut.

“Hi, terima kasih atas maklumat. Kita telah laporkan kepada pengedar filem (Disney) untuk tindakan selanjutnya,” balas GSC Cinema.

Netizen berbalah berhubung isu ini.

“Ada maklumat mengenai lokasi pawagam? Kita akan ambil tindakan kerana ia hal serius,” balas TGV cinema pula.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Neelofa memuat naik rakaman babak filem tersebut kerana ia melanggar undang-undang hak cipta.

“Kalau tiada tindakan yang diambil aku akan buat perkara yang sama.

“Lepas ni semua gajet kena letak luar wayang.

Komen balas daripada dua rangkaian pawagam Malaysia.

“Hello Neelofa… tak tahu ke benda awak buat ni illegal?,” komen netizen.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan GSC, penonton tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika menonton filem dalam panggung mereka.

Walaupun telefon bimbit boleh dibawa masuk ke dalam pawagam, peraturan jelas menyatakan bahawa rakaman dan fotografi dilarang.

Sebelum ini, penyanyi Ara Johari turut melakukan kesilapan yang sama apabila memuat naik sedutan babak dalam filem Marvel, Avengers: Infinity War di Instastory.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Susulan Kelakuan Neelofa Buat Sesuatu Yang Dilarang Keras.Dia Tampil Buka Mulut Dan Mengatakan Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*