Kembali Langsing Selepas Bersalin Anak Ke-2, Hanis Zalikha Tak Ada Niat Untuk Tayang Badan

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha mengakui tidak mempunyai niat untuk menunjukkan bentuk badannya yang kembali langsing di media sosial selepas melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah, pada Mei lalu.

Menurut Hanis, gambar yang dikongsikan itu menjadi perhatian ramai sedangkan ketika itu dia masih belum habis berpantang.

“Saya tak rasa macam tayang badan sebab masa saya muat naik gambar itu, tiada pun niat untuk tayang badan.

“Bagi saya, gambar yang dikongsikan itu biasa sahaja tapi bila orang perasan benda tu yang pertama mereka ingin lihat adalah bentuk badan ibu lepas berpantang.

“Fokus orang adalah mengenai bentuk badan saya, sedangkan masa itu saya masih berpantang selepas 35 hari dan orang pun tak perasan tentang hal tersebut.

“Saya ingat orang akan komen pasal saya tak habis pantang lagi sudah keluar, tapi perkara itu tak mendapat perhatian… Orang komen tentang bentuk badan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara, pada Selasa.

Sebelum ini, netizen terkejut melihat penampilan terbaru Hanis yang semakin kurus dan berseri-seri persis anak dara ketika menonton satu pementasan teater iaitu ‘Phantom of the Opera’ bersama suaminya, Hairul Azreen.

Hanis dan suaminya, Hairul Azreen telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Kembali Langsing Selepas Bersalin Anak Ke-2, Hanis Zalikha Tak Ada Niat Untuk Tayang Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*