“Hin4 ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” – Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

PELAKON Ebby Yus memberitahu dia sudah memaafkan netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya gara-gara foto perkahwinannya dengan penyanyi Zizi Kirana tular di laman sosial.

Ebby, 55, bagaimanapun mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen yang mengatakan dirinya tidak sesuai untuk berkahwin dengan wanita yang lebih muda.

“Sebenarnya saya tak sangka boleh jadi macam ini tapi tak apa saya dah maafkan mereka sebab netizen akan komen apa sahaja yang mereka nampak.

Peminat menghantar mesej peribadi di Instagram Zizi.

“Saya tak ada masalah dengan semua komen. Cuma pada saya, berdosa ke hina ke orang macam saya ini dah tua, tak ada rupa kahwin dengan wanita muda dan cantik?

“Jadi satu dosa ke kalau memang benar saya dijodohkan dengan wanita muda dan cantik?” kata Ebby ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Foto Ebby dan Zizi mengenakan busana pengantin dan bersanding di pelamin mengundang salah faham dalam kalangan netizen di laman sosial.

Malah ada juga segelintir mereka yang meluahkan rasa kecewa Zizi memilih Ebby sebagai suami yang dianggap sudah tua.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Zizi menjelaskan foto tersebut dirakam ketika mereka menjalani penggambaran sketsa komedi J.K.K yang akan bersiaran pada Oktober depan di TV3.

Ebby memberitahu dia masih bujang.

Dalam pada itu, pelakon filem This Is Pilah ini menegaskan statusnya masih bujang dan sehingga kini dia belum mempunyai kekasih.

Ebby bagaimanapun memberitahu dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Allah sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan wanita muda dan mempunyai rupa paras yang cantik.

“Saya masih lagi bujang, belum berkahwin dan belum ada kekasih. Bagi saya, kalau ditemukan jodoh dengan wanita muda, tiada istilah menolak atau terima.

“Tapi saya cuma tidak mampu menolak ketentuan Allah yang sudah mengaturkan segalanya. Kalau sesuatu perkara itu baik, kenapa perlu untuk menolak?,” ujarnya.

NETIZEN PERTIKAI KENAPA ZIZI PILIH EBBY YUS JADI SUAMI YANG DAH MACAM ATOK ATOK. ZIZI KIRANA TAMPIL BERI PENJELASAN

Jangan katakan netizen, admin pun terkejut bila nampak foto perkahwinan Zizi Kirana dengan Ebby Yus. Ini rupanya cerita sebenarnya.

PELAKON Zizi Kirana tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.

“Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.

“Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.

“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” katanya kepada mStar.

Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.

“Adakah ini benar sister? Katakan tidak please… Saya kecewa!

“Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je,” tulis netizen melalui mesej peribadi.

NETIZEN SIAP DM ZIZI KIRANA TANYA TAK SALAH PILIH KE?

ZIZI MASIH MENCARI JODOH TIDAK KISAH UMUR

Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.

“Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.

“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,” ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.

Menerusi laporan mStar pada 2018, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "“Hin4 ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” – Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*