“Ampun Ayah & Mak Beribu-Ribu Ampun” – Reaksi Ayah Norman Hakim Ditunjuk Tatu Di Bahunya.

Watak Norman Hakim sebagai Rafael dalam rancangan Sepahtu Reunion Live dengan ‘fake tattoo’ dibawa balik ke rumah ibu bapanya di Kuantan.

“Nahhh! Video 1st impression ayah tengok saya ber ‘fake tattoo’. Macam comel je.

“ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58, sure saya kena rembat kaw kaw punya!” tulis Norman tentang videonya bergurau bersama ayah dan ibunya.

VIDEO:

View this post on Instagram

Nahhh!! Video 1st impression ayah tengok saya ber #faketatoo 😂Mcm comel je…ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58,sure saya kena rembat kaw kaw punya!😅 . . Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun,sembah anakanda harap diampun🙏🏻Anakanda bergurau sahaja🕺Love both of u so..so..much❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Di dalam video tersebut boleh didengar ayah Norman menegurnya dengan lembut tapi tegas.

“Ini haram ni. Tak boleh bawa sembahyang. Ini sy@itan punya kerja,” tegur ayah Norman.

“Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun, sembah anakanda harap diampun. Anakanda bergurau sahaja. Love both of u so..so..much,” tulis Norman.

Biodata

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).

Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal. Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.
Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini. 

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Ampun Ayah & Mak Beribu-Ribu Ampun” – Reaksi Ayah Norman Hakim Ditunjuk Tatu Di Bahunya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*