Setelah Heboh Di Media S0sial ‘Zikir Berdiri’ Akhirnya `T0k Kii` Sudah Dikenal Pasti Namun Tiada Dan Tidak Boleh Diambil Tindakan,Ini Penjelasannya

MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu sudah mengenal pasti lelaki dikenali Tok Ki yang didakwa membawa ajaran sesat dengan mengamalkan zikir yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki itu yang berasal dari negeri ini dan laporan sudah dihantar ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, MAIDAM serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) tidak boleh mengambil tindakan termasuk menahan individu terbabit kerana kegiatan itu dilakukan di Pahang tetapi keterangan daripadanya sudah dihantar ke JAIP.

“MAIDAM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan termasuk menahan individu itu kerana tidak diberi penjelasan mengenai kesalahan seperti dakwaan kononnya ajaran dilakukan menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) di Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad.

Osman berkata demikian mengulas kegiatan dilakukan sekumpulan penduduk diketuai Tok Ki di sebuah surau di Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh dan dikatakan menyimpang daripada ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, aktiviti itu sah menyimpang dan menyeleweng namun masih belum dipastikan ajaran atau tarekat diamalkan dan usaha JAIP untuk mengambil keterangan gagal apabila individu itu melarikan diri ke Terengganu.

JAIP meminta kerjasama MAIDAM dan JHEAT membantu mengambil keterangan daripada individu berkenaan dan individu itu memberi kerjasama apabila tampil ke JHEAT untuk memberi keterangan.

Mengulas mengenai ajaran sesat di negeri itu, Osman berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan setakat ini tiada laporan mengenai kegiatan itu termasuk di Perkampungan Ayah Pin di Batu 13, Kuala Besut, Besut.

Katanya, kali terakhir kegiatan ajaran sesat dikesan di negeri itu Mac tahun lalu, tetapi ketua ajaran sesat dikenali Raja Bunian yang menjalankan kegiatan di sebuah surau di Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun, sudah dikenakan tindakan.

“Lelaki berusia 34 tahun yang mendakwa dirinya sebagai raja bunian sudah didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Syariah Jenayah Takzir Terengganu 2001, Julai tahun lalu,” katanya.

Ini video yang tular,

Zikir Tok Ki menyeleweng daripada Islam

ZIKIR sambil berdiri dan menggerakkan tubuh yang tular di media sosial sejak kelmarin jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, buat masa ini pihaknya belum mengetahui aliran ajaran apa yang dibawa kumpulan itu dan siasatan sedang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Sama ada aliran Syiah atau tarikat apa yang dibawa mereka masih dalam siasatan. Apa yang jelas ia menyimpang daripada ajaran Islam.

“Saya dimaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh JAIP dan mereka dalam usaha mengesan individu (ketua) itu yang dikatakan datang dari Terengganu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan jambatan di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di Kuantan hari ini.

Media semalam melaporkan mengenai tiga klip video yang tular dipercayai dirakam Khamis lalu memaparkan sekumpulan penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh.

Video berdurasi antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakamkan seorang penduduk yang mengikuti aktiviti dilakukan di sebuah surau di kampung itu diketuai lelaki dikenali Tok Ki @ Tok Ayah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan ajaran itu sudah diajar dan disebarkan ke kawasan lain.

“Kita akan siasat jika ia diajar atau disebarkan ke tempat lain. Hingga kini satu tempat (Jerantut) yang saya dimaklumkan,” katanya.

Katanya, JAIP akan turut mengambil keterangan individu yang terbabit menyertai zikir itu selain mengesan ketua ajaran berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita pandang serius setiap ajaran yang menyeleweng daripada asas Islam yang sebenar, saya ucap tahniah kepada JAIP kerana pantas mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis setakat ini dan berkata, siasatan mengenai insiden itu dijalankan JAIP.

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "Setelah Heboh Di Media S0sial ‘Zikir Berdiri’ Akhirnya `T0k Kii` Sudah Dikenal Pasti Namun Tiada Dan Tidak Boleh Diambil Tindakan,Ini Penjelasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*