“Saya tak mampu nak tanggung dugaan ini…” – Syafie Naswip & Aishah sah putus tunang

Kita hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukan, begitulah yang dilalui pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman yang dikatakan telah retak.

Spekulasi mula timbul apabila kesemua gambar pertunangan mereka telah dipadam di akaun IG masing-masing, malah kedua-duanya didapati tidak mengikuti antara satu sama lain di sosial media.

Dugaan bertunang sangat berat

Dalam satu laporan, pihak media telah menghubungi Aishah Azman bagi mendapatkan kepastian mengenai spekulasi yang timbul mengenai hubungan pertunangannya.

Namun, Aishah mengambil keputusan untuk enggan memberi sebarang kenyataan namun mengakui bahawa hubugan pertunangannya kini diuji dengan dugaan berat.

” Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat…”

Kami sudah putus tunang

Sementara itu, Syafie ketika dihubungi media telah mengesahkan bahawa ikatan tali pertunangan bersama Aishah telah putus, dan keputusan ini diambil atas persetujuan bersama.

“Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini…”

Bukan sebab orang ketiga

Menurut pelakon filem Mukhsin itu, punca keretakan hubungan mereka bukanlah disebabkan orang ketiha atau keluarga, tetapi sebaliknya disebabkan dugaan dimana Syafie berasa dia tidak cukup matang untuk menanganinya.

“Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan, mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya…”

Pelakon itu berkata, keputusan telah dibuat dan dia tidak akan lagi memberi sebarang kenyataan atau komen mengenai isu putus tunang ini lagi.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu, sepatutnya dijangka mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Mungkin sudah ketentuan, diharapkan kedua-duanya merima segala dugaan dengan hati terbuka.

Sumber : Astro Gempak

Be the first to comment on "“Saya tak mampu nak tanggung dugaan ini…” – Syafie Naswip & Aishah sah putus tunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*