Isteri sah hamil 6 bulan, Ini sebab kenapa Jamal Abdillah merahsiakannya

“Alhamdulillah, doktor memberitahu keadaan bayi dalam kandungan sihat. Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan nanti,” demikianlah kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang mengesahkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, kini mengandung enam bulan selepas mengalami keguguran tiga kali sebelum ini. Menurut Jamal, 60, dia juga sudah membawa isterinya menjalani pemeriksaan untuk mengesan jantina bayi dalam kandungannya itu. Ditanya kenapa baru sekarang berkongsi berita baik itu, Jamal berkata, dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu peminat.

“Saya bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini. Justeru, saya sangat berharap semoga semua peminat turut mendoakan isteri selamat melahirkan bayi kami nanti,” jelasnya..

Mengenai nama anak yang bakal lahir pula, kata Jamal, dia juga mengalu-aluukan peminat untuk memberi nama pada bayi mereka nanti: “Kami masih mencari nama sesuai dan mempunyai maksud yang baik untuk bayi perempuan bakal lahir nanti. Jika peminat ada cadangan nama yang baik boleh berhubung dengan saya dan isteri”.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak. Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan percraian. Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.

Sementara itu, Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu diibaratkan penyanyi muda berbakat besar Zaki Yamani, 13, yang juga anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Walaupun belum mempunyai lagu sendiri, Zaki sudah mendapat tawaran menyanyi di banyak acara seperti karnival jualan dan majlis makan malam.

Zaki yang juga anak Jamal bersama bekas isteri keduanya, Fatimatuzahra Samat, 36, mengaku sangat berminat dengan nyanyian seperti ayahnya.

“Walaupun tidak membesar dengan lagu-lagu ayah, saya harus akui drah seninya mengalir dalam diri saya. Dari kecil lagi saya memang minat menyanyi dan selalu mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian. Ramai yang cakap wajah, gaya dan cara saya menyanyi juga seperti ayah.

“Sebelum ini ayah tidak tahu yang saya ada bakat menyanyi dan beliau hanya mengetahuinya apabila menonton video-video nyanyian saya yang dihantar oleh para peminatnya,” katanya.

Apa pun Zaki percaya ayahnya menyokong pembabitannya dalam dunia muzik lantaran secara diam-diam melantik seorang pengurus iaitu Syed Wafa bagi membantu mengembangkan kerjaya nyanyiannya.

“Ayah tidak selalu telefon saya bercakap pasal nyanyian. Biasanya kami bersembang hal-hal yang penting sahaja kerana beliau sibuk dengan tawaran nyanyian dan keluarga baharu.

“Apapun saya tahu yang beliau memang mengambil berat tentang saya. Disebabkan itu, ayah mahukan seorang pengurus menjaga kerjaya saya. Ayah tidak mahu saya bergerak sebagai penyanyi tanpa arah tuju sepertinya sewaktu awal pembabitannya dalam dunia seni.

“Ayah cakap kalau ada rezeki beliau akan mengeluarkan kos bagi menanggung penerbitan lagu saya apabila tiba masanya nanti.

“Buat masa ini ayah mahu saya menimba pengalaman terlebih dahulu dan mengenali selok-belok industri sebelum merakamkan lagu,” kata Zaki yang sudah mempunyai ramai peminat.

Zaki mengaku kurang didedahkan dengan lagu ayahnya kerana lebih meminati lagu-lagu penyanyi muda sekarang seperti Hael Husaini.

“Dulu Hael pernah jatuh tetapi bangkit semula sehingga menjadi antara penyanyi remaja popular Malaysia. Bermula dengan lagu Jampi dia terus dikenali. Bukan itu sahaja, lagu-lagu ciptaannya juga menjadi rebuutan penyanyi popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Walaupun dia masih muda, tetapi bakat dan semangat besarnya adalah inspirasi. Saya mahu berjaya sepertinya,” jelas Zaki yang juga meminati Ben Ladin.

Sementara itu menurut pengurusnya Syed Wafa, Jamal berhasrat berduet dengan anaknya suatu hari nanti.

“Jamal ada memberitahu anaknya Zaki lebih berminat dengan lagu-lagu sekarang berbanding lagunya. Ini kerana anaknya baru berusia 13 tahun dan sudah tentu meminati lagu atau artis sezamannya.

“Namun, Jamal tidak keberatan untuk berduet dengan Zaki apabila tiba waktunya.

“Bagi Jamal, tentu kolaborasi bersama anaknya satu kenangan yang tidak boleh dilupakannya sebagai seorang ayah,” kata Syed Wafa.

Sumber : menujukebenaran

Be the first to comment on "Isteri sah hamil 6 bulan, Ini sebab kenapa Jamal Abdillah merahsiakannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*