“Pergi Kerana Cita-Cita, Pulang Kerana Cinta”, – Syaiful Sedih Dua Kali Tak Dapat Sambut Kelahiran Anak

ANGGOTA kumpulan Zero, Syaiful terkilan apabila sekali lagi tidak dapat menemani isterinya melahirkan anak kedua mereka, Dayang Asyafia yang dilahirkan pada 23 Disember lalu.

Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif, 30, berkata, sebelum ini dia belum berpeluang bertemu dengan bayi perempuannya itu kerana terikat dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang berakhir Jumaat lalu.

“TERKILAN SANGAT SEBENARNYA TIDAK DAPAT BERSAMA ISTERI KETIKA DIA BERT*RUNG NYAWA MELAHIRKAN ANAK KAMI TETAPI INILAH PENG*RBANAN YANG PERLU SAYA LAKUKAN DEMI MENCARI REZEKI BUAT KELUARGA.

“SEBENARNYA MASA ANAK PERTAMA KAMI DILAHIRKAN PUN SAYA TIDAK DAPAT MENYAMBUTNYA KERANA SEDANG BERTANDING DALAM MLM DAN NAMPAKNYA SEJARAH ITU BERULANG KEMBALI.

Zero mendapat tempat ketiga pada pertandingan MLM 2018.

“APA-APA PUN SAYA BERSYUKUR DENGAN REZEKI DIBERIKAN ALLAH KEPADA KAMI SEKELUARGA DAN TIDAK SABAR HENDAK PULANG KE SABAH BERTEMU ISTERI DAN ANAK-ANAK,” KATANYA.

Pada pertandingan itu, Zero yang turut dianggotai oleh Atu dan Syarif dan Atu muncul sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Syaiful mendirikan rumah tangga dengan Ashura Rudy pada 24 Julai 2015 di Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah dan hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamaad Sharif Isyraq pada 5 Mei 2016.

Dalam pada itu, Syarif pula memberitahu mereka berkemungkinan tidak akan menyertai MLM musim akan datang kerana ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baharu.

Trio adik-beradik Zero (dari kiri) Syarif, Syaiful dan Atu.

Pun begitu katanya, dia akan menyertai program realiti Bintang Bersama Bintang (BBB) di TV3 sebagai peserta solo tidak lama lagi.

“RASANYA SUDAH PUAS KAMI BERTANDING DALAM MLM, APA KATA KITA BAGI LALUAN KEPADA BAKAT BAHARU PULA.

“TETAPI SAYA AKAN BERTANDING DALAM MUSIM TERBAHARU BINTANG BERSAMA BINTANG SEBAGAI PESERTA SOLO DAN AGAK GEMENTAR JUGA KERANA TIDAK AKAN DITEMANI OLEH ADIK-BERADIK SAYA.

“BAGAIMANAPUN MEREKA AKAN TETAP MEMBANTU SAYA DALAM MEMBERI IDEA DAN SOKONGAN,” KATANYA.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Pergi Kerana Cita-Cita, Pulang Kerana Cinta”, – Syaiful Sedih Dua Kali Tak Dapat Sambut Kelahiran Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*