“Awak Patut Ada Rasa Malu Untuk Pakai Baju Yang Macam Ni,”- Dikata Seksi, Nabila Razali Kena Kecaam

Penyanyi Nabila Razali ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

Foto tersebut memaparkan penyanyi berusia 26 tahun itu mengenakan baju warna putih yang kelihatan agak sedikit jarang seperti yang didakwa sesetengah netizen.

“Haa? Jerit kuat skit please Bella tak dengar laa..,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/B0AYDt_FqN0/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu Pematah Hati itu menerima kecaman dan kritikan daripada netizen.

“Makin lama makin seksi (tudung singkat, pakai baju nipis, inner sempit dan terang)pula kamu ni Bella…susah hati saya. Saya syg kamu..tapi kamu pula nda syg diri kamu.

“kalau boleh elakkan pakai baju mcm ni plis. Tahu ada inner kat dalam, tapi kami yang laki ni boleh nampak benda lain you should ada rasa malu untuk pakai baju yang mcmni,” tulis netizen diruangan komen gambar tersebut.

Untuk rekod, Nabila atau nama sebenarnya Nor Nabila Mohd Razali terlebih dulu merupakan antara bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.

Foto : Instagram Nabila Razali

Be the first to comment on "“Awak Patut Ada Rasa Malu Untuk Pakai Baju Yang Macam Ni,”- Dikata Seksi, Nabila Razali Kena Kecaam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*