Kenapa Tiba-Tiba Nampak Kurus? Hafiz Suip Buka Mulut,Ini Jawab Hafiz

Gara-gara berkongsi sekeping foto di Instagram, fizikal penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan netizen apabila ramai yang menyangka, bintang kelahiran Sarawak ini terkena buatan orang apabila tubuhnya dilihat susut.

Bagaimanapun Hafiz seperti yang dipetik Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.

“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.

“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.

“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.

“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.

Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.

“Saya amat menghargai warganet dan peminat kerana mereka masih mengambil tahu perkembangan dan kesihatan saya,” akhiri Hafiz yang bakal muncul menerusi lagu duet bersama Adira Suhaimi.

Foto: Instagram Hafiz Suip

Be the first to comment on "Kenapa Tiba-Tiba Nampak Kurus? Hafiz Suip Buka Mulut,Ini Jawab Hafiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*