Selepas Setahun Menyepi, Akhirnya Nonny Nadirah Dedah Sesuatu “Sejam Aku Nangis Minta Maaf”

0
374

Lebih setahun memencilkan diri akibat masalah peribadi yang dihadapinya, penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar dirinya dalam tempoh itu.

Menerusi satu perkongsian panjang di Instagram miliknya, kata Nonny, dia pernah menjauhkan diri daripada keluarga dan orang-orang yang dekat dengannya kerana tidak mampu mengawal emosi yang bercampur baur ketika itu.

Nonny sebelum ini pernah berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik dalam satu tempoh yang lama, malah pernah dimasukkan ke hospitak beberapa kali kerana mengalami munt4h dar4h.

Disebabkan itu, pelbagai tanggapan telah diberikan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima ini termasuk didakwa mengalami mild depression, selain dikaitkan dengan sihir dan penyakit misteri buatn orang.

“ Setahun lebih aku struggle lawan diri sendiri dengan emosi. Konon OK, padahal tak. Senang untuk cakap move on, mungkin korang pernah melalui fasa tu.
“ Aku pertama kali. Nak hadam ambil masa, mungkin bertahun. Maaf, aku minta maaf. Sebenarnya, hakikatnya, aku tak kuat. Itulah yang aku nak sampaikan.

“ Bukan hanya dengan sahabat-sahabat, kawan-kawan tapi dengan orang paling penting dalam hidup aku yang paling aku sayang, keluarga aku,” tulisnya.

Menurut Nonny, 30, pada awalnya dia merasakan dengan bersendiri masalahnya akan dapat diselesaikan, namun ternyata ia sebaliknya.

Kembali menghubungi ibu

Lebih mengharukan, kata Nonny, pada Jumaat lalu dia kembali menghubungi ibunya, setelah tidak berbuat demikian dalam tempoh yang agak lama kerana masalah yang dihadapinya.

“ Ramai yang sayang kat aku, care pasal aku tapi semua aku buat tak tahu. Aku diam, diam dan terus diam. Tapi diorang tetap cari dan support aku. Korang tahu siapa korang.

“ Jumaat lepas, satu jam aku nangi$ minta maaf, minta ampun dengan ratu hati aku sebab aku hilang tanpa khabar berita dan tak peduli tentang dia.

“ Lama, agak lama aku lost. Hari-hari meratap, nangi$ jadi makanan harian. Nangi$ lagi. Aku simpan semua sorang-sorang.

“ Dia dengar, dia nangi$, risau pasal aku. Aku lagi sedih. Silap kedua, silap besar. Buat dia menangi$, aku lagi berdosa besar. Ampun Ma. Allahuakbar,” luah Nonny yang turut berkongsi paparan skrin perbualan dengan ibunya.

Nonny bagaimanapun menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya itu sebagai satu ujian. Malah percaya semua itu mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri buatnya.

“ Semasa aku dalam proses ini, banyak benda yang aku belajar, serius banyak! Seberat mana dugaan atau pun ujian yang kita lalui, berbaliklah kepada Allah. Jawapannya ada dengan DIA.

“ Belajar untuk memaafkan dan muhasabah diri kita lebih daripada sebelum ini. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini,” ujar Nonny yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada Ahad.

Nonny mendirikan rumah tangga dengan dengan penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mohamed Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 selepas hampir sembilan tahun berkenalan. Namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila pasangan ini memfailkan perceraian pada 2019 tanpa menyatakan punca perpisahan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: sinarharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here