Walaupun Akal kurang sempurna, tapi anak Zarina Zainuddin tetap bersolat

Umum mengetahui bahawa pelakon, Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kemmbar autisme iaitu Azal dan Azil yang dibesarkan sejak dari kecil.

Baru-baru ini, pelakon berusia 48 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram yang kelihatan salah seorang anaknya Azal sedang menunaikan solat.

Walaupun ibadah solat merupakan perkara yang tidak wajib bagi mereka, nampaknya Zarina telah memberikan asas didikan agama kepada anak-anaknya.

MENERUSI RAKAMAN VIDEO BERDURASI 41 SAAT BERKENAAN, AZAL YANG BERUSIA 23 TAHUN ITU KHUSYUK MELAKUKAN SETIAP PERGERAKAN DENGAN LANCAR TANPA BANTUAN IBUNYA.

POSTING TERSEBUT SECARA TIDAK LANGSUNG MENARIK PERHATIAN PENGIKUTNYA YANG RATA-RATA MENGUCAPKAN SYUKUR DAN MEMUJI TINDAKAN AZAL ITU.

“Orang Pun Dah Mu4k Tengok Cerita Kau Dengan Anak Kau” – Luahan Zarina Zainuddin ini mengundang sayu

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui bukan mudah untuk mengendalikan anak auutism, Muhammad Razil Azrai atau Azil.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zarina menjelaskan adakalanya dia hampir berputus asa untuk membesarkan anaknya itu yang mempunyai pelbagai ragam.

“Bila merenung wajah Azil ni saya pun sayu. Saya mak mestilah ada perasaan kasih walau asyik kena pukul kena giigit. 

“Kadang nak bangun pun tak larat tapi gagahkan jugak kadang rasa nak tinggalkan jer bila keluar. Sampai separuh jalan patah balik ambik dia,” tulisnya.

Tambah Zarina, ada juga pihak yang mempertikaikan tindakannya yang dikatakan sering meraih simpati apabila berkongsi video bersama Azal.

“Orang ada yang mengata, ehh sudah-sudahlah mintak simpati orang, orang pun dah mu4k tengok cerita kau dengan anak kau yang s4kit ot4k tu. Biarlah, katalah suka hati koranglah nak kata apa.

“Allhamdulillah, saya cuma nak kongsi apa yang saya rasa dan alami bila berdepan dengan anak-anak autism saya. Tak suka tak apa.

“Semoga anak saya dan anak-anak auutism yang lain dapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa dan kaum keluarga juga masyarakat sekeliling.

“Buat semua followers saya, terima kasih kerana selalu mendoakan saya. #AllahSentiasaAdaUntukKita,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum melihat kesabaran dan kesungguhan Zarina menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak kembar auutism.

Ada juga berharap agar Zarina tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh orang sebaliknya terus memberi inspirasi kepada pengikutnya.

Selain berlakon, Zarina juga terkenal dengan jualan pulut kuning bersama rendang yang mendapat sambutan positif pelanggan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

SUMBER : ZARINA ZAINUDDIN

 

Be the first to comment on "Walaupun Akal kurang sempurna, tapi anak Zarina Zainuddin tetap bersolat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*