Peguam Sultan Kelantan tampil buat kenyataan tentang status penceraian Sultan Kelantan dan Rihana Oksana

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini.

Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cer4i talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.

“Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini.

Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.

Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil percer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Spekulasi penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil pencer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.

Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan kepada sebuah portal berita bahawa secara peribadi dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

Sumber Awani

Be the first to comment on "Peguam Sultan Kelantan tampil buat kenyataan tentang status penceraian Sultan Kelantan dan Rihana Oksana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*