Koleksi Foto ‘candid’ Agong & Raja Permaisuri buat rakyat tersenyum

Hari ini merupakan Hari Anggota Bomba Sedunia. Pada pagi tadi, majlis sambutan Hari Bomba Sedunia telah diadakan di Dataran merdeka dengan kehadiran DYMM Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong.

Majlis bermula seawal jam 7.00 pagi dan DYMM Agong telah tiba jam 9.00 pagi. Kehadiran baginda telah disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin serta dif-dif kehormat.

Hal ini dapat disaksikan menerusi Facebook Friend of Bomba Malaysia yang sempat merakamkan momen tersebut pada pagi tadi dan dimuat naik ke sosial media.

Namun begitu, menerusi lensa kamera portal akhbar tempatan, beberapa keping gambar ‘candid’ Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berjaya dirakam.

Hal tersebut telah dimuat naik ke Instagram rasmi Kosmo Online dan mendapat perhatian warganet.

Daulat Tuanku!

Sumber : KosmoOnline

Be the first to comment on "Koleksi Foto ‘candid’ Agong & Raja Permaisuri buat rakyat tersenyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*