Selepas Firman Dedah Dia Juga Dapat Berlian Palsu, Vida Akhirnya Buka Mulut Dan ‘Sound’ Balik

Terkini usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza menggesa penyanyi Indonesia, Firman Siagian supaya tidak terikut-ikut rentak penyanyi Aishah berhubung dakwaan hadiah berlian paIsu.

Menurut Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, hadiah subang berlian yang diberikan kepada pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang lalu sebenarnya bukan paIsu.

” Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata paIsu dia pun ingat paIsu juga. Ya Allah… subang berlian tu bukan paIsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya.

” Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan,” katanya kepada mStar.

Vida berkata tidak semua barang kemas bertatahkan berlian ada diberikan sijil tetapi boleh dibuat sekiranya diperlukan.

” Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya.

” Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain paIsu. Susah saya nak terangkan kepada mereka tak biasa pakai barang kemas berlian ni,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia turut terkilan kerana jalan mudah yang diambilnya untuk menyelesaikan kemelut dengan Aishah membawa masalah kepada dirinya dan isu itu masih berpanjangan.

Malah katanya, dia melihat ada segelintir individu cuba mengambil kesempatan atas niat ikhlasnya itu untuk kepentingan diri sendiri.

” Saya nak permudahkan semua tapi niat ikhlas saya itu diambil kesempatan oleh orang lain pula.

” Saya bagi pilihan tapi jadi masalah pula… makin meleret leret apatah lagi ucapan terima kasih. Saya amat terkilan,” katanya.

Ini sebab Vida tidak balas mesej Firman

Mengenai tindakannya tidak membalas mesej Firman, Vida berkata dia menerima terlampau banyak mesej di aplikasi WhatsAppnya.

” Saya tak tahu pun dia mesej. Saya tak baca satu satu mesej sebab terlampau banyak.

” Jadi bila dah sini sana dok cakap dan media tulis pasal Firman barulah saya buka satu-satu mesej,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membayar ganti rugi kepada Firman, Vida tetap mempertahankan ketulenan subang berlian itu.

” Kalau Aishah juara kata paIsu dia pun ikut sama kata paIsu. Itu bukan paIsu.

” Saya minta dia (Aishah) serah balik tapi tak bagi-bagi pun. Saya check dengan lawyer dia masih tak bagi lagi semalam,” katanya.

Pada sidang media Rabu lalu, Vida menunjukkan lima jenis barang kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian paIsu yang dimenangi penyanyi itu pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.

Vida berkata berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah dan ia adalah atas persetujuannya sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: mstar.com.my

Be the first to comment on "Selepas Firman Dedah Dia Juga Dapat Berlian Palsu, Vida Akhirnya Buka Mulut Dan ‘Sound’ Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*