“Nampak Tak I Menangis”, Tunku Azizah Luah Rasa Hiba Sambil Mengesat Air Mata Dan Ini Yg Terjadi

Beberapa hari menjelang Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan kesedihan yang terbuku di hati baginda.

Menerusi rakaman video yang kemudian dimuat naik dalam Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, @rizalman71, baginda kelihatan sebak sebaik diajukan soalan mengenai perasaan menjelang hari pertabalan 30 Julai ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, baginda sedih mengenangkan pemergian ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar serta bondanya, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Paling menyedihkan apabila baginda bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan duduk di singgahsana yang mana suatu ketika dahulu ia pernah diduduki Almarhum ayahanda dan bondanya ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam video terbabit, Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu;

“ Nampak tak I tengah menangis? Sedih ni.”

Apabila Rizalman bertanyakan mengapa baginda menangis, Tunku Azizah Aminah Maimunah menjawab, “Kerana ayahanda dah tiada, sedihlah. Hiba sungguh yalah mak bapak (bonda dan ayahanda) kita (baginda) takde (tiada).

“ Doakanlah saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya.

“ Dapat berkhidmat kepada rakyat,” katanya sambil mengesat air mata.

Suasana itu membuat beberapa rakan lain yang berada bersama baginda turut bersedih, malah ada yang dilihat mengesat air mata.

Video dimuat naik @rizalman71 itu mendapat perhatian daripada netizen yang turut mendoakan baginda semoga diberi kesihatan yang baik.

Rata-rata netizen turut merasai kesedihan Tunku Azizah dan mendoakan kesejahteraan beliau. Ramai juga yang menzahirkan perasaan kasih kepada beliau di atas keperibadian mulia Tunku Azizah.

” Sultanah berjiwa rakyat. Semoga Allah kurniakan rahmat utk baginda berdua. Daulat tuanku semoga sentiasa dberikn kesehatan kebahgiaan dunia akhirat..”

” Thank you for giving us this opportunity Dato’. This is extremely upclose and personal. Sucha rare footage. Daulat Tuanku…”

” Love u tuanku!!!!semoga tuanku berdua sentiasa sihat walafiat di bawah rahmat kasih syg Allahh..”

Semenjak Sultan Abdullah dilantik menjadi Yang diPertuan Agong, kelibat mereka sering menjadi perhatian ramai yang ternyata menggemari sifat ramah dan berjiwa rakyat.

Rakyat tidak mengira bangsa sering memuji Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang beberapa kali tampil bersahaja bersama rakyat antaranya beratur membeli KFC dan makan di warung biasa, malah menjamu selera menggunakan tangan.

Bila Tuanku Permaisuri Menangis, Comey Jer

Comey jer Tunku Azizah menangis…

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Friday, 19 July 2019

Bila Permaisuri Agong Menangis, Comey Jer (2)

Comey jer Tunku Azizah menangis…tapi sebakk

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Friday, 19 July 2019

Bila Permaisuri Agong Menangis, Comey Jer (3)

Bila Tunku Azizah menangis…..

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Friday, 19 July 2019

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Asia Kini

Sumber: hmetro

Be the first to comment on "“Nampak Tak I Menangis”, Tunku Azizah Luah Rasa Hiba Sambil Mengesat Air Mata Dan Ini Yg Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*