Dikatakan Jadi Punca Anak BERCERAl, Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan. Sebak!

Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca percerraian anaknya dan Mawar Karim.

Jelas Hasnah, 59, dia terkilan apabila ada dalam kalangan netizen meIemparkan pelbagai t0hmahan hingga mengganggu emosinya.

“Ibu mana mahu anaknya bercerrai? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.

“Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercerrai.

“Apabila pelbagai tudvhan yang bukan-bukan diIemparkan kepada saya, hati saya terguriis dan memang saya tertekan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Hasnah terkejut apabila ada pihak yang menuduh percerraian Fizo dan Mawar disebabkan campur tangan keluarga.

“Saya ada ramai anak dan saya selesa tinggal bersama Fizo sejak usia remajanya lagi.

“Sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan Fizo, saya tidak menumpang rumahnya sepanjang masa. Ada juga bergilir-gilir tinggal di rumah anak-anak saya yang lain,” tambahnya.

Fizo dan Mawar bercerrai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber : astrogmpak

Be the first to comment on "Dikatakan Jadi Punca Anak BERCERAl, Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan. Sebak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*