Diceraikan dan Dibuang Keluarga Hanya Kerana 0KU, Muniba Bangkit Menjadi Wanita Berani.

Dalam usia yang masih muuda, dia ditimpa pelbagai dugaan. Namun, semangat juang Muniba Mazari nyata mengatasi segala-galanya. Hikmah di sebalik disisih suami dan keluarga, Muniba kini menjadi wanita inspirasi dunia.

Kisahnya cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran buat seluruh wanita. Ia membuktikan wanita bukanlah makhluk Tuhan yang selamanya lemah. Tidak mahu terus meratapi kesedihan yang meniimpa dirinya sebagai seorang isteri dan ibu, wanita ini bangkit dengan semangat yang cukup luar biasa biarpun terpaksa berkerusi roda seumur hidup.

Dialah wanita besi Pakistan, Muniba Mazari yang merupakan seorang artis, model, aktivis, hos televisyen serta motivator. Dilahirkan pada 3 Mac 1987 dan graduan Ijazah dan jurusan Seni Halus.

Muniba dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat k0nservatif dan berkahwin pada usia muuda iaitu ketika 18 tahun atas kehendak bapanya. Muniba tidak pernah merasa bahagia sepanjang perkahwinannya.

TRAGIK

Segalanya bermula ketika beliau terlibat dalam satu kemaIangan jalan raya yang cukup sedih sekitar tahun 2007. Waktu itu usianya baru 21 tahun. Dua tahun Muniba terIantar di hospital kesan kecderaannya yang sangat seriius.

Muniba juga disahkan doktor bahawa dia bukan hanya tidak dapat lagi bergerak seperti sediakala malah peluang untuk memiliki zuriat juga tipis. Luluh hatinya tatkala mendengar kenyataan pahiit itu.

Sangkanya dapatlah berkongsi penderittaan bersama suami. Sayangnya, Muniba dicerraikan dan ditinggalkan bersama seorang anak lelaki mereka kerana suaminya tidak dapat menerima kekurangan Muniba. Bapanya turut tidak dapat menerima dirinya lalu tinggal lah Muniba bertemankan anak lelakinya, Neal.

BANGKIT

Berkat sokongan doktor dan abang kandungnya, Muniba bangkit dengan semangat baru lantas menjadi inspirasi buat seluruh wanita. Muniba berjaya memberi kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat supaya menghargai diri sendiri.

Dalam setiap sesi motivasinya, Muniba yang juga merupakan wakil nasional Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wanita Pakistan, beliau sering menyatakan di sebalik ketakutan dan kebimbangan dalam kehidupan adakalanya manusia terlupa akan keistimewaan hidup yang Tuhan kurniakan.

“Kehidupan ini akan sentiasa ada dugaannya di mana-mana, pada bila-bila masa namun apa yang pasti semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana untuk menghadapinya, mengatasinya bahkan bagaimana untuk mengubah sesuatu kekurangan kepada kelebihan.

Kita juga tidak boleh menghakimi penderittaan orang lain kerana kekuatan itu pasti akan kembali kepada diri kita,” ungkap Muniba.

Menurutnya, apa yang boleh kita lakukan ialah membawa cerita inspirasi buat masyarakat meski pun kesukaran melanda sehinggalah ‘kesenangan’ itu tiba. Apa yang penting bagi Muniba ialah konsisten melakukan yang terbaik atas apa yang dimiliki. Hanya diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan seseorang. Sumber : Instagram Muniba via Ohduniawi.com

Be the first to comment on "Diceraikan dan Dibuang Keluarga Hanya Kerana 0KU, Muniba Bangkit Menjadi Wanita Berani."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*